Lelaki tempatan dibelasah 6 warga Myanmar meninggal dunia
Lelaki tempatan dibelasah 6 warga Myanmar meninggal dunia
MELAKA – Bekas pengawal keselamatan koma dipercayai dipukul enam lelaki warga Myanmar bulan lalu meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka di sini petang semalam.
Mangsa, E. Murali Kuppusami, 50, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.57 petang di hadapan semua enam anaknya selepas dimasukkan ke hospital sejak 31 Oktober lalu.
Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah ketika dihubungi mengesahkan kematian mangsa dan kes akan dipinda untuk siasatan di bawah kesalahan membunuh.
“Mangsa kes ini yang sebelum ini parah dan koma disahkan meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan di ICU Hospital Melaka pukul 5.57 petang semalam.
“Sehubungan itu, kita akan rujuk pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk cadangan meminda kes daripada Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mencederakan kepada Seksyen 302 kerana membunuh,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Jumaat lalu, enam pekerja kilang warga Myanmar dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh atas dua pertuduhan membelasah dua beranak dengan kayu hingga menyebabkan seorang daripada mangsa koma akhir bulan lalu.
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Kyaw Swar Tun, 21, Win Zaw, 30, Zin Min Htet, 23, Nyi Lin Paing, 23, Aung Myint Thein dan Mya Soe, 33 kerana kesemua mereka tidak memahami Bahasa Melayu.
Berdasarkan kertas pertuduhan pertama dan kedua, mereka secara bersama-sama telah menyebabkan kecederaan parah ke atas M.K Daniel, 19, dan bapa mangsa, Murali Kuppusam dengan menggunakan objek kayu iaitu alat yang mungkin menyebabkan kematian.
Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 10.40 malam di Pangsapuri Taman Tasek Utama dalam Daerah Melaka Tengah, pada 31 Oktober 2022.
Difahamkan dua beranak itu dikatakan dibelasah teruk selepas menegur tertuduh agar tidak membuat bising di pangsapuri berkenaan.
Mahkamah kemudian menetapkan sebutan semula kes pada 21 Disember ini bagi mendapatkan jurubahasa Myanmar dan tiada jaminan ditawarkan. MG
Lelaki tempatan dibelasah 6 warga Myanmar meninggal dunia
Baca Artikel Menarik:
- Himpunan desak Zahid undur dibatalkan
- Sendiri tak mahu letak jawatan, jangan minta orang lain berundur
- Operasi MYAirline bermula dengan tiket serendah RM48
- Tepati janji manifesto anda, TI-M beritahu Anwar
- PM umum GRS secara rasmi sertai Kerajaan Perpaduan
- Jangan simpan lagi, dedahkan nama 42 ahli Parlimen sokong PN – Shahrir
- Tok Mat bakal TPM?
- Anwar harus bentuk Jemaah Menteri berprestasi, disenangi
- Kerajaan Anwar tiada keabsahan moral – Faizal
- PAS akan bincang tawaran sertai kerajaan perpaduan
- Video panas, Ismail Izzani dikecam teruk
- PAU 2022 tiada pemilihan parti – Razlan
- TPM milik BN dan GPS – Anwar
- Annuar dilantik sebagai presiden Muafakat Nasional
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Aedy Ashraf kantoi bercumbu di kelab malam, tampil beri penjelasan
You must be logged in to post a comment.