Dong Zong rakus, cepat ambil peluang tuntut UEC

Dong Zong rakus, cepat ambil peluang tuntut UEC

Tindakan Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) yang segera menuntut janji Pakatan Harapan (PH) menunaikan manifesto demi kepentingan mereka hanya menyerlahkan kerakusan badan itu.

Baru tiga hari Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri namun Dong Zong tergesa-gesa menuntut kerajaan memberi pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) dan peruntukan kekal kepada sekolah persendirian.

Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA) Pahang, Aminuddin Yahaya mengakui dalam hal ini, Dong Zong memang pandai dan rakus mengambil peluang.

“Ini kerana mereka tahu antara kesemua janji manifesto PH, inilah yang paling susah untuk ditunaikan dan mereka inginkan jaminan itu secepat mungkin.

“Lebih-lebih lagi momentum penerimaan rakyat terhadap pembentukan kerajaan baharu ini adalah bersangka baik iaitu “kita berilah peluang dulu”.

“Dong Zong mungkin sangka rakyat tidak akan bangkit menentang agenda UEC dan peruntukan sekolah persendirian mereka ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Dong Zong menggesa kerajaan baharu mengiktiraf sijil UEC Sekolah Menengah Cina bebas dan menginstitusikan peruntukan Sekolah Menengah Cina secepat mungkin.

Menurut laporan media, mesyuarat bersama Dong Zong kali ke-93 sebulat suara meluluskan dan menerima 11 cadangan, termasuk menggesa kepimpinan Anwar selaku pengerusi PH mengiktiraf sijil UEC dan menginstitusikan peruntukan Sekolah Menengah Cina Persendirian secepat mungkin.

Dalam pada itu, Aminuddin mendakwa kepimpinan Barisan Nasional (BN) menerima tuntutan Dong Zong itu seperti mana yang termaktub dalam manifesto mereka sejak zaman Datuk Seri Najib Razak lagi.

“Lebih parah lagi, ada ahli Majlis Tertinggi UMNO mendedahkan wujud suara-suara pimpinan tertinggi sudah berani berkata tidak mahu ‘jaga orang Melayu lagi’ selepas kecewa dengan penolakan orang Melayu terhadap UMNO.

“Setakat setuju terima UEC ini, apalah sangat, malah parti-parti komponen lain terutamanya MCA dalam BN memang penyokong tegar UEC,” dakwanya.

Tambahan pula, pendokong tegar UEC dalam PH, iaitu DAP adalah parti yang mempunyai kerusi parlimen terbanyak dan pastinya Anwar akan tunduk jika mereka bersuara.

“King maker dari Sarawak iaitu GPS juga pendokong UEC. Sarawak pimpinan GPS juga telah mengiktiraf UEC di peringkat negeri.

“Maka, kerajaan campuran ‘PH plus’ zaman Anwar (PRU15) jauh lebih ‘totok’ menyokong UEC berbanding dahulu (PRU14). Saya merasakan memang janji dan agenda mengiktiraf UEC kali ini jauh lebih serius.

“Jadi, arus menolak UEC kali ini mesti lebih besar dan lebih keras,” katanya lagi. MG

Dong Zong rakus, cepat ambil peluang tuntut UEC


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Video Ismail Izzani tular, Suliza Salam pertahan anaknya

Aedy Ashraf kantoi bercumbu di kelab malam, tampil beri penjelasan

Bangun Nad, kita ada PM baru – Sharifah Amani

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker