Ahmad Said tak perlu letak jawatan

Ahmad Said tak perlu letak jawatan

Pengerusi UMNO negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Said tidak perlu meletak jawatan walaupun Barisan Nasional (BN) kalah teruk, pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ketua Bahagian UMNO Besut, Datuk Nawi Mohamad, berkata Ahmad yang juga bekas Menteri Besar mesti terus menerajui pimpinan di Terengganu.

“UMNO Bahagian Besut terus memberi sokongan kepada Ahmad yang juga Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Kijal untuk menerajui pimpinan tertinggi parti di peringkat negeri,” katanya di sini, hari ini.

Nawi yang juga bekas calon BN Parlimen Besut berkata demikian ketika mengulas terdapat desakan supaya Ahmad berundur daripada jawatan itu berikutan kekalahan teruk parti pada PRU-15.

Pada PRU-15, semua calon BN termasuk Ahmad yang bertanding di Parlimen Kemaman tewas kepada calon Perikatan Nasional (PN).

Mengulas lanjut, Nawi berkata, kekalahan teruk dialami BN bukan sahaja di Terengganu, malah di seluruh negara dan tiada sebab untuk mendesak Ahmad supaya berundur diri.

Mengenai desakan supaya Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melepaskan jawatan, Nawi yang juga ADUN Kijal, berkata UMNO Besut memutuskan untuk akur dengan keputusan Majlis Tertinggi (MKT) parti.

Katanya, semua pihak tidak harus menuding jari 100 peratus menyalahkan Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk, berikutan BN kehilangan banyak kerusi selepas PRU-15.

“Semua pimpinan parti di peringkat pusat, negeri, bahagian dan cawangan harus bermuhasabah diri dengan kekalahan teruk dialami BN,” katanya. BH

Ahmad Said tak perlu letak jawatan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Video Ismail Izzani tular, Suliza Salam pertahan anaknya

Aedy Ashraf kantoi bercumbu di kelab malam, tampil beri penjelasan

Bangun Nad, kita ada PM baru – Sharifah Amani

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker