Remaja maut motosikal bergesel dengan rakan

Gambar Hiasan

Seorang remaja maut selepas motosikal ditunggangnya bergesel dengan motosikal rakan sebelum digilis kenderaan pacuan empat roda kejadian di Kilometer (km) 9.7 Lebuhraya Kota Bharu-Ketereh di sini, semalam.

Kejadian jam 10 malam, mangsa, Rushdan Iqmal Ridwan Abdul Rasyid, 18, yang cedera parah di kepala maut di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud, berkata Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu menerima makluman kejadian pada 10.15 malam.

Katanya, hasil siasatan, kemalangan dipercayai berlaku ketika sekumpulan motosikal bersama mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda C-100 dari arah Kota Bharu ke Ketereh.



“Mereka melalui Lebuhraya Rakyat secara berkumpulan disyaki dalam kelajuan tinggi dan sebaik sampai di lokasi berlaku pergeselan sesama sendiri menyebabkan mangsa yang berasal dari Pasir Puteh dan rakannya yang menunggang motosikal Honda C1004-MA terjatuh di atas jalan.

“Mangsa kemudian digilis pada bahagian kepala oleh kenderaan pacuan empat roda yang datang dari arah yang sama dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Kemalangan membabitkan dua motosikal dan sebuah pacuan empat roda menyebabkan penunggang motosikal, Rushdan Iqmal Ridwan Abdul Rasyid maut di Kilometer (km) 9.7 Lebuhraya Kota Bharu-Ketereh di sini, semalam

Mohd Rosdi berkata, rakan mangsa dipercayai mengalami luka kecil meninggalkan motosikal yang ditunggang di tempat kejadian, manakala pemandu pacuan empat roda turut meninggalkan lokasi itu.

Menurutnya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



“Pihak polis memohon orang ramai yang melihat kejadian termasuk rakan mangsa dan pemandu pacuan empat roda yang terbabit diminta tampil di BSPT IPD Kota Bharu untuk membantu siasatan atau boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohd Ikhwan Mamat di talian 09-7752355.

“Polis juga menggesa orang ramai supaya berhati-hati dalam pemanduan semasa menggunakan jalan raya dan mematuhi undang-undang serta isyarat lalu lintas,” katanya.

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10, gegar segala gegar



Jangan tayang suami kalau takut disondol – Che Ta

Saya bukan orang ketiga antara Nafiez dan Fify – Neera



Saya Anak Malaysia lagu wajib Hari Kebangsaan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker