Gesaan segera bentuk Kabinet, laksana Bajet 2023

Gesaan segera bentuk Kabinet, laksana Bajet 2023

Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) berharap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat membentuk Kabinet dengan seberapa segera selain memastikan kesemua langkah serta dasar termasuk Bajet 2023 dapat dilaksanakan dengan dalam tempoh terdekat.

FMM berkata, tindakan sedemikian penting untuk membantu sektor ekonomi serta rakyat, khususnya dalam tempoh mencabar seperti sekarang.



Presidennya Tan Sri Soh Thian Lai berkata FMM juga berharap sokongan berterusan serta penekanan dari segi daya saing dan pembentukan nilai mampan menerusi aktiviti-aktiviti pengeluaran yang merupakan teras pertumbuhan ekonomi, terutama ketika pandemik.

“Persekitaran peraturan yang mesra perniagaan akan memudahkan proses menjalankan perniagaan selain memastikan industri kekal kompetitif, mampan dan terus mencatat pertumbuhan.

“Ini (bagaimanapun) akan hanya dicapai jika dasar-dasar dan peraturan itu mudah, lebih telus, boleh diharapkan, konsisten serta adil,” katanya dalam kenyataan.

Bagi kemajuan masa depan, Soh berkata adalah penting untuk kerajaan baharu bertindak memperkukuh asas-asas ekonomi termasuk mengurangkan kos menjalankan perniagaan yang disifatkannya sebagai halangan utama terhadap pemulihan perniagaan.



“Perkara asas bagi komuniti perniagaan adalah keperluan meletakkan semula keyakinan terhadap pelabur asing dan domestik dengan menumpukan dasar-dasar yang tepat, mengukuhkan pasaran modal selain memastikan kestabilan ringgit.

“Pembaharuan institusi turut menjadi teras pemulihan ekonomi dengan tumpuan berterusan terhadap kecekapan pentadbiran serta memastikan tahap integriti yang tinggi. Ini juga penting bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat dengan tumpuan bagi meningkatkan kuasa membeli serta menurunkan kos sara hidup,” katanya.

Beliau berkata FMM berikrar untuk bekerjasama erat dengan Kabinet baharu dalam usaha menghidupkan semula ekonomi Malaysia selain membolehkan industri kembali di kedudukan berdaya saing di pasaran global manakala Malaysia terus menjadi destinasi pilihan untuk tujuan pelaburan. HM

Gesaan segera bentuk Kabinet, laksana Bajet 2023




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Video Ismail Izzani tular, Suliza Salam pertahan anaknya



Aedy Ashraf kantoi bercumbu di kelab malam, tampil beri penjelasan

Bangun Nad, kita ada PM baru – Sharifah Amani



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker