Tok Mat bakal TPM?

Tok Mat bakal TPM?

Ahli Parlimen Rembau yang juga Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan, antara yang disebut-sebut bakal dilantik menjadi ‘orang nombor dua’ negara.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa jawatan orang nombor dua negara iaitu Timbalan Perdana Menteri (TPM) bakal diisi oleh parti rakan kerajaan perpaduan daripada Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Pada masa sama, beberapa kementerian strategik juga mungkin akan diisi oleh beberapa tokoh besar daripada BN serta GPS dengan kombinasi pemimpin daripada gabungan Pakatan Harapan (PH).

Sumber Umno menyatakan, beberapa kementerian akan diisi oleh pemimpin daripada BN antaranya Kementerian Kewangan, Kementerian Pertahanan atau Kementerian Dalam Negeri dan beberapa kementerian strategik lain.

“Berdasarkan perbincangan sebelum ini, sekurang-kurangnya tiga kementerian akan diisi oleh pemimpin daripada BN termasuk beberapa kementerian kanan.

“Jawatan TPM nampaknya akan diisi oleh orang nombor dua Umno iaitu Tok Mat (Mohamad Hasan).

“Wakil PH ada menyatakan hasrat dengan Umno untuk melantik dua pemimpin muda daripada BN sebagai senator dan menjawat jawatan penting dalam kementerian,” katanya.

Menurut sumber, dua pemimpin muda itu adalah bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Naib Ketua Pemuda Umno Shahril Sufian Hamdan.

“Mereka (PH) kagum dengan kepakaran dan cara kerja dua pemimpin ini walaupun kedua-duanya tewas dalam perebutan kerusi Parlimen masing-masing di Sungai Buloh dan Alor Gajah.

“Bagaimanapun, kita tunggu keputusan Perdana Menteri (Anwar Ibrahim) dan mungkin juga ada siri perbincangan dengan kepimpinan tertinggi BN serta GPS dalam masa terdekat,” katanya.

Terdahulu, Anwar menyatakan bahawa kerajaan perpaduan yang diterajuinya dianggotai oleh PH sebagai blok terbesar diikuti dengan BN serta GPS.

Anwar turut mengalu-alukan penyertaan daripada Perikatan Nasional (PN) sekali gus mengembalikan kestabilan politik di negara ini. HM

Tok Mat bakal TPM?


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Dari mana Muhyiddin ada ‘puluhan juta’, warganet tanya Annuar

Pemain Arab Saudi terima hadiah Rolls Royces Phantom

Kami tak jual prinsip parti – Azalina

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker