PH Sabah sokong Hajiji terajui kerajaan sampai habis penggal

PH Sabah sokong Hajiji terajui kerajaan sampai habis penggal

ADUN Pakatan Harapan (PH) Sabah menyatakan sokongan mereka kepada Ketua Menteri Hajiji Noor untuk terus menerajui kerajaan negeri sehingga habis penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berbaki tiga tahun lagi.

Sokongan itu dinyatakan mereka ketika mengadakan kunjungan hormat kepada Hajiji di DUN, hari ini.

Kunjungan itu diketuai ADUN Kadamaian Ewon Benedick dan turut dihadiri ADUN Luyang Phoong Jin Zhe, Jannie Lasimbang (Kepayan), Pito Galim (Inanam) dan Tan Lee Fatt (Likas).

“ADUN-ADUN PH Sabah mengalu-alukan sokongan GRS dalam kerajaan perpaduan seperti mana diumumkan perdana menteri hari ini.

“Kami juga menyatakan sokongan kepada Hajiji dan seterusnya kerjasama dengan kerajaan negeri bagi memastikan agenda pembangunan dan perjuangan hak-hak Sabah dapat dijayakan bersama,” katanya Ewon kenyataan.

Sementara itu, Ewon yang juga bakal presiden Upko turut berterima kasih kepada Hajiji kerana bersetuju melibatkan semua ADUN PH Sabah dalam mesyuarat jawatankuasa tindakan daerah dan jawatankuasa penggunaan tanah daerah bermula tahun depan.

“Pada saya dan ADUN-ADUN PH Sabah, kita tidak mahu terlalu banyak politik sehingga menjejaskan kestabilan kerajaan.

“Di peringkat Persekutuan, kita membentuk kerajaan perpaduan dan pendekatan yang sama boleh dilaksanakan di Sabah,” katanya. FMT

PH Sabah sokong Hajiji terajui kerajaan sampai habis penggal


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Video Ismail Izzani tular, Suliza Salam pertahan anaknya

Aedy Ashraf kantoi bercumbu di kelab malam, tampil beri penjelasan

Bangun Nad, kita ada PM baru – Sharifah Amani

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker