Hubungan BN-GRS baik – Bung
Hubungan BN-GRS baik – Bung
Hubungan Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) masih baik, selepas Bung Moktar Radin mendakwa GRS “mengisytihar perang” terhadap mereka.
Pengerusi BN negeri itu mengakui beliau sedikit emosi ketika membuat dakwaan itu, tetapi menganggapnya lumrah politik.
“Politik memang macam itu, kadang-kadang kita kena menghadapi sesuatu, emosi sikit (ketika mengeluarkan dakwaan GRS isytihar terhadap BN).
“Bagaimanapun, semuanya berjalan baik (hubungan BN-GRS), kita dalam Umno, BN sentiasa berjiwa besar,” katanya selepas pembentangan Bajet 2023 Sabah di Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini.
Isnin lalu, Bung mengkritik tindakan Pengerusi GRS, Hajiji Noor menyokong Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri ke-10 yang disifatkannya seolah-olah mengisytiharkan perang terhadap BN Sabah kerana melanggar perjanjian kerjasama untuk pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Hajiji kemudian menjelaskan perjanjian antara GRS dan BN tidak sah lagi memandangkan BN kalah dalam PRU15.
Beliau bagaimanapun berharap BN Sabah sudi meneruskan kerjasama dengan GRS untuk mentadbir Sabah dalam mengekalkan momentum pentadbiran yang diterajui bersama.
Terdahulu, Anwar hari ini mengesahkan GRS sebahagian daripada kerajaan perpaduan yang diterajuinya.
Bung mengalu-alukan penyertaan GRS dalam kerajaan perpaduan.
“Namanya pun (kerajaan) perpaduan, jadi semua boleh menyertainya. Jadi, saya mengalu-alukan mana-mana parti yang mahu menyertai kerajaan perpaduan ini,” katanya. FMT
Hubungan BN-GRS baik – Bung
Baca Artikel Menarik:
- Himpunan desak Zahid undur dibatalkan
- Sendiri tak mahu letak jawatan, jangan minta orang lain berundur
- Operasi MYAirline bermula dengan tiket serendah RM48
- Tepati janji manifesto anda, TI-M beritahu Anwar
- PM umum GRS secara rasmi sertai Kerajaan Perpaduan
- Jangan simpan lagi, dedahkan nama 42 ahli Parlimen sokong PN – Shahrir
- Tok Mat bakal TPM?
- Anwar harus bentuk Jemaah Menteri berprestasi, disenangi
- Kerajaan Anwar tiada keabsahan moral – Faizal
- PAS akan bincang tawaran sertai kerajaan perpaduan
- Video panas, Ismail Izzani dikecam teruk
- PAU 2022 tiada pemilihan parti – Razlan
- TPM milik BN dan GPS – Anwar
- Annuar dilantik sebagai presiden Muafakat Nasional
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Aedy Ashraf kantoi bercumbu di kelab malam, tampil beri penjelasan
Bangun Nad, kita ada PM baru – Sharifah Amani
You must be logged in to post a comment.