Disangka kucing besar, rupanya harimau akar

Disangka kucing besar, rupanya harimau akar

LIPIS: “Ketika kejadian adik ipar sedang berbaring depan TV sebelum dikejutkan dengan kehadiran harimau akar yang tiba-tiba masuk ke dalam rumah,”.

Demikian kata Siti Hapesah Ishak, 73, ketika menceritakan kejadian harimau akar yang menceroboh masuk ke kediaman adiknya, Faridah Ishak, 58, di Kampung Sentang, Pagar Sasak di sini petang semalam.



Siti Hapesah yang tinggal berjiran dengan adiknya berkata, suami Faridah, Tahir Al Tipah, 58, yang tidak dapat bercakap akibat menghidap kanser peti suara bertindak menghalau harimau akar terbabit sebelum haiwan itu melompat ke atas katil yang menempatkan Faridah yang terlantar akibat strok.

“Masa melompat atas katil, kuku harimau terbabit terkena pada kening adik yang terbaring kerana mengalami strok.

“Haiwan liar tersebut kemudiannya bertindak melompat keluar ikut tingkap yang terbuka sebelum ia menyorok di bawah rumah,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.



Siti Hapesah berkata, Tahir yang terkejut dengan kejadian yang berlaku bertindak berlari memanggilnya di rumah sambil memaklumkan dengan menggunakan bahasa isyarat terdapat seekor harimau masuk ke dalam rumah.

Jelas Siti Hapesah, dia bertindak segera memanggil jiran dan sepupu yang tinggal berhampiran untuk melihat haiwan tersebut yang menyorok di bawah rumah.

“Mulanya saya sangka kucing besar atau haiwan lain, tetapi apabila jiran dan saudara datang menyuluh di bawah rumah, kami semua terkejut melihat harimau akar yang bersaiz agak besar ada di situ.

“Sebelum harimau akar itu menceroboh masuk ke dalam rumah, haiwan liar terbabit dipercayai ingin memburu makanan dan sempat membunuh seekor kucing di halaman rumah.



“Mungkin masa hendak makan kucing tersebut, harimau akar itu terkejut dengan bunyi motor yang lalu lalang di jalan raya berhampiran lalu berlari masuk ke dalam rumah,” jelasnya.

Siti Hapesah berkata, dia bersyukur kerana Faridah hanya mengalami kecederaan ringan dan telah dirawat oleh petugas perubatan dari Klinik Kesihatan Padang Tengku.

Jelasnya, kejadian itu merupakan kali pertama berlaku di kampung terbabit dan menggemparkan penduduk setempat.

“Sebelum ini penduduk kampung tidak pernah melihat kelibat harimau akar berkeliaran tambahan pula rumah ini hampir dengan jalan besar.



“Mungkin habitatnya terancam dan tiada makanan menyebabkan haiwan liar itu keluar dari hutan dan mencari makanan di sekitar kampung,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang semalam, seekor harimau akar yang memasuki rumah dan mencederakan seorang wanita pengidap strok di Kampung Sentang, Pagar Sasak di sini berjaya ditangkap tengah malam tadi.

Ketua Polis Lipis, Superintenden Azli Mohd Noor berkata, haiwan itu ditangkap anggota Jabatan Perlindungan Haiwan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) kira-kira jam 12.45 tengah malam setelah ditembak menggunakan ubat pelali. AA

Disangka kucing besar, rupanya harimau akar



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Video Ismail Izzani tular, Suliza Salam pertahan anaknya

Aedy Ashraf kantoi bercumbu di kelab malam, tampil beri penjelasan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker