Anwar tiba di Bangunan Perdana Putra, mula tugas rasmi Perdana Menteri

Anwar tiba di Bangunan Perdana Putra, mula tugas rasmi Perdana Menteri

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Bangunan Perdana Putra, di sini bagi memulakan tugasnya secara rasmi di Pejabat Perdana Menteri.

Beliau tiba di sini jam 9.52 pagi dengan menaiki kenderaan jenis BMW hitam diiringi beberapa kenderaan pengiring polis.

Ketibaan Anwar disambut Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Difahamkan, Anwar dijadualkan memulakan tugasnya pagi ini dan mengimbas kad perakam waktu sebelum memasuki pejabatnya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melambai kepada petugas media ketika tiba di pintu masuk Kompleks Perdana Putra, Putrajaya. – Foto NSTP/Hairul Anuar Rahim
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melambai kepada petugas media ketika tiba di pintu masuk Kompleks Perdana Putra, Putrajaya. – Foto NSTP/Hairul Anuar Rahim
Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun sempat menurunkan tingkap kenderaan dan melambai ke arah sekumpulan pengamal media di pintu masuk ke bangunan berkenaan.

Lebih 50 pengamal media termasuk wartawan, jurugambar dan juruvideo pelbagai agensi dan portal media cetak dan elektronik sudah menunggu seawal jam 7 pagi bagi merakam detik sejarah itu.

Terdahulu, kenderaan yang membawa Panglima Angkatan Tentera (PAT) Tan Sri Affendi Buang tiba jam 7.45 pagi disusuli Mohd Zuki jam 8.16 pagi.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri ke-10 di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, petang semalam.

Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri ke-10 berlangsung di Dewan Singgahsana Kecil, Istana Negara, di sini, pada jam 5.06 petang semalam.

Kerajaan Perpaduan Nasional yang dibentuk setakat ini sudah membabitkan penyertaan tiga gabungan utama membabitkan Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Proses seterusnya yang dinantikan rakyat adalah pelantikan anggota Kabinet. BH

Anwar tiba di Bangunan Perdana Putra, mula tugas rasmi Perdana Menteri


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Dari mana Muhyiddin ada ‘puluhan juta’, warganet tanya Annuar

Pemain Arab Saudi terima hadiah Rolls Royces Phantom

Kami tak jual prinsip parti – Azalina

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker