MKT Umno sokong kerajaan perpaduan bukan diterajui PN

MKT Umno sokong kerajaan perpaduan bukan diterajui PN

Umno menyokong Barisan Nasional mengambil bahagian dalam kerajaan perpaduan yang bukan diterajui Perikatan Nasional.

Keputusan dibuat selepas memperhalusi butiran perbincangan yang dijalankan Jawatankuasa Perundingan Barisan Nasional dengan Perikatan Nasional, dan Pakatan Harapan.



Pemimpin BN pada Isnin mengadakan pertemuan dengan pimpinan PH, dan dengan gabungan PN semalam.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung Ahmad Maslan selepas mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi yang dipengerusikan Presiden Zahid Hamidi, yang berlangsung lebih empat jam di Menara Dato Onn.

“MKT secara sebulat suara memutuskan untuk menyokong dan menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong,” katanya dalam kenyataan.

Memilih kerajaan yang bukan diterajui PN itu “bagi memastikan sebuah kerajaan yang stabil dan makmur dapat dibentuk.”



Dalam pada itu, semua wakil Umno yang memenangi kerusi Parlimen akan mematuhi dan menerima sebarang bentuk kerajaan perpaduan atau lain-lain bentuk kerajaan yang bakal dimasyhurkan Agong.

Sebelum ini, Pengerusi PN mengisytiharkan ia menolak cadangan Agong yang mmencadangkan PN bekerjasama dengan PH untuk membentuk kerajaan.

Sementara itu, MKT menyokong Zahid menerajui BN sebagai pengerusi.

Perkembangan ini menyusuli undi tidak percaya terhadap Zahid sebagai pengerusi BN oleh presiden MCA, MIC, dan timbalan presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah.



Di sebalik desakan dalam Umno sendiri, MKT mengumumkan ia sebulat suara menyokong Zahid sebagai presiden.

Perhimpunan Agung Umno akan diadakan pada 21-24 Disember, tambahnya. FMT

MKT Umno sokong kerajaan perpaduan bukan diterajui PN


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Agama, bangsa tak patut jadi isu dalam penubuhan kerajaan – Johari

Agong cadang kerajaan perpaduan PH-PN, Anwar setuju Muhyiddin tolak



Bakal pengantin ‘dirasuk’ roh, menari tarian Jawa



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker