Polis tahan lelaki disyaki ancam bunuh Agong

Polis tahan lelaki disyaki ancam bunuh Agong

Seorang lelaki yang dipercayai membuat hantaran berbaur ancaman bunuh terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah ditahan polis.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi hari ini mengesahkan penahanan tersebut.



Tanpa mendedahkan butiran lanjut, Arjunaidi berkata, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan media dalam masa terdekat berhubung kes berkenaan.

Semalam, tular menerusi media sosial tangkap layar Instagram Story dipercayai milik seorang lelaki berusia lingkungan 30-an yang mempersoalkan kewibawaan dan mengancam keselamatan Seri Paduka Baginda.

Tindakan lelaki berkenaan mengundang kemarahan orang awam dan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan ke atasnya. Awani

Polis tahan lelaki disyaki ancam bunuh Agong




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cara Hilangkan Dakwat Mengundi



Punca kekalahan Nurul Izzah

Langkah GRS seperti isytihar perang terhadap BN Sabah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker