PN masih cara lama, ikut pintu belakang – Asyraf

PN masih cara lama, ikut pintu belakang – Asyraf

Pakatan Harapan (PH) disifatkan lebih budiman atau gentleman berbanding Perikatan Nasional (PN) berhubung kerjasama membentuk Kerajaan Persekutuan.

Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, PH lebih beradab kerana mahu membuat pertemuan rasmi dengan kepimpinan BN untuk mengadakan perbincangan.



Sebaliknya, PN pula cuba untuk mencuri 10 ahli Parlimen BN untuk menyokong pengerusi parti itu Tan Sri Muhyiddin Mohamad Yassin sebagai Perdana Menteri ke-10.

“Kepimpinan PH lebih gentleman dan beradab dengan membuat pertemuan secara rasmi dengan tujuh orang kepimpinan BN bagi menzahirkan hasrat untuk bekerjasama dengan kepimpinan BN.

“Sebaliknya, PN masih dengan perangai lama cuba buat dealing secara senyap-senyap dan mencuri 10 orang ahli-ahli Parlimen untuk tandatangan akuan berkanun (SD) menyokong Tan Sri Muhyiddin sebagai PM,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Asyraf Wajdi yang tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menjelaskan, pertemuan ahli Parlimen BN dengan PN akhirnya dibuat di Hotel St. Regis hari ini.



Menurut beliau, pertemuan tersebut sepatutnya berlangsung pada dua hari lalu.

Ia selaras dengan pendirian Dewan Tertinggi BN untuk bersikap terbuka bagi bertemu dan berunding dengan kedua-dua parti bagi berbincang mengenai Kerajaan Perpaduan.

Pertemuan dengan PH berlangsung kelmarin manakala perbincangan dengan PN ditangguhkan kerana parti itu bertindak demikian.

“Kononnya, PN sudah cukup numbers, bilangan ahli-ahli Parlimen yang menyokong perlantikan Tan Sri Muhyiddin sebagai PM.



“Hinggalah apabila 10 SD yang ditandatangani oleh ahli-ahli Parlimen BN ditarik balik atas arahan Dewan Tertinggi BN barulah mereka menyatakan kesediaan untuk bertemu pada hari ini pukul 3.30 petang.

“Itu pun selepas mereka dititah mengadap Yang di-Pertuan Agong kelmarin dan dimaklumkan secara rasmi bahawa Tan Sri sudah tidak cukup bilangan SD yang menyokong,” jelas Asyraf Wajdi.

Sementara itu, beliau berkata, Majlis Kerja Tertinggi UMNO akan memperhalusi kedua-dua tawaran PH dan PN malam ini.

Ia sekaligus akur dengan titah Yang di-Pertuan Agong yang menitahkan agar BN menyokong pembentukan Kerajaan Perpaduan.



“Cuma persoalannya kenapakah PN begitu bongkak dan sombong untuk menolak titah Nasihat Tuanku Agong agar dibentuk Kerajaan Perpaduan ya?” tanya Asyraf Wajdi. MG

PN masih cara lama, ikut pintu belakang – Asyraf


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Agama, bangsa tak patut jadi isu dalam penubuhan kerajaan – Johari

Agong cadang kerajaan perpaduan PH-PN, Anwar setuju Muhyiddin tolak



Bakal pengantin ‘dirasuk’ roh, menari tarian Jawa

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker