Apa pun keputusan BN, rakyat tetap marah – Bung

Apa pun keputusan BN, rakyat tetap marah – Bung

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Bung Moktar Radin berkata, rakyat tetap akan marah tidak kira apa pilihan gabungan itu dalam krisis pembentukan kerajaan ketika ini.

Ahli Parlimen Kinabatangan itu berkata, apa saja keputusan BN, tetap ada rakyat yang tidak gembira jika gabungan itu membentuk kerajaan atau menjadi sebahagian daripada pembangkang.



“Saya pun hairan, BN cuma menang 30 kerusi Parlimen, tiba-tiba kami dilibatkan dalam kemelut pembentukan kerajaan,” katanya di Twitter.

Tiada gabungan yang berjaya mendapat majoriti mudah dengan memenangi 112 kerusi di Dewan Rakyat. Pakatan Harapan (PH) memenangi 82 kerusi dalam pilihan raya umum ke-15 Sabtu lalu, diikuti Perikatan Nasional (73).

Semalam, Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata, Yang di-Pertuan Agong meminta PH dan PN bekerjasama membentuk kerajaan perpaduan, tetapi ditolak PN yang bertegas enggan bekerjasama dengan PH.

Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini menemui wakil BN dan Gabungan Parti Sarawak.



Menurut Malaysiakini, Agong menitahkan pemimpin BN menjadi sebahagian daripada kerajaan perpaduan.

Setiausaha Agung BN, Zambry Abd Kadir semalam berkata, tiada Ahli Parlimen BN menyokong Muhyiddin sebagai perdana menteri dan BN terbuka berbincang dengan mana-mana parti bagi memastikan kerajaan dapat dibentuk demi kepentingan negara.

Pengerusi PH, Anwar Ibrahim sebelum ini berkata, gabungan itu sedia berbincang dengan BN bagi membentuk kerajaan baharu. FMT

Apa pun keputusan BN, rakyat tetap marah – Bung




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Agama, bangsa tak patut jadi isu dalam penubuhan kerajaan – Johari



Agong cadang kerajaan perpaduan PH-PN, Anwar setuju Muhyiddin tolak

Bakal pengantin ‘dirasuk’ roh, menari tarian Jawa



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker