Perbincangan penubuhan kerajaan PN-BN Pahang selesai – Tuan Ibrahim

 

KUANTAN: Timbalan Presiden Pas yang juga wakil Perikatan Nasional (PN) Pahang, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menjelaskan perbincangan telah diadakan bersama Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berhubung kerjasama membentukkan kerajaan negeri itu.

Ujarnya, pertemuan diadakan di ibu negara itu berjalan lancar dan mencapai persetujuan dua gabungan parti politik itu.

“Di Kuala Lumpur, pertemuan berjalan penuh mesra, apa pun kita setuju menyerahkannnya kepada Tuanku.

“Serah itu makna ia dalam makluman Tuanku,” jelasnya ketika dihubungi Astro AWANI pada Rabu.

Ujar Tuan Ibrahim yang juga wakil Perikatan Nasional (PN) Pahang, perbincangan lanjut akan dijalankan sekiranya perlu.

“Asasnya dah selesai, namun kita sedia jumpa bila-bila masa sekiranya ada perkara penting untuk dibincangkan,” katanya lagi.

Terdahulu, beliau berkongsi gambar bersama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail bersama rombongan PN hari ini.

Jelas Tuan Ibrahim, beliau memohon agar rakyat mendoakan kebaikan untuk negeri Pahang.

Ketika ini, Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang masih tergantung selepas tiada gabungan politik yang mendapat majoriti mudah 22 kerusi dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Perikatan Nasional (PN) mendapat 17 kerusi DUN, diikuti BN peroleh 16 kerusi DUN dan PH pula hanya lapan kerusi DUN.

Ketika ini, satu kerusi DUN di Tioman akan dijalankan proses pengundian pada 7 Disember depan susulan kematian calon PN, Md Yunus Ramli pada awal pagi Sabtu.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cara Hilangkan Dakwat Mengundi

Punca kekalahan Nurul Izzah

Langkah GRS seperti isytihar perang terhadap BN Sabah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker