Bersatu Pengkhianat Punca BN Dan PH Tidak Mahu Bekerjasama

Oleh Norzahira

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sangat sinonim dengan pengkhianatan. Parti tersebut dikatakan terbentuk untuk memusnahkan Umno.

Jadi, jika Umno membantu Bersatu menubuhkan kerajaan, Umno hanya menunggu masa untuk dimusnahkan.

Kebimbangan Umno akan ‘ditelan’ Bersatu dan PAS sekiranya parti itu membantu PN membentuk kerajaan turut dilihat berasas. Sejarah kerjasama 17 bulan Bersatu, PAS dan Barisan Nasional (BN) telah membuktikan bagaimana Muhyiddin menganiaya parti UMNO BN.

Ketika ini, Parlimen masih berada dalam keadaan tergantung. Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) masih belum berjaya membentuk kerajaan.

Pengerusi PH Anwar Ibrahim dan Pengerusi PN gagal mencapai kesepakatan membentuk kerajaan bersama selepas sesi menghadap Agong semalam. Agong meminta PN dan PH bekerjasama menubuhkan kerajaan, namun PN menolak.

Situasi yang melanda negara ketika ini dikatakan berpunca dari sumpah laknat yang dilafazkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ogos 2022 sebelum beliau dipenjarakan kerana dinafikan perbicaraan yang adil.

Beliau melafazkan sumpah laknat di Masjid Kampung Baru, menafikan pembabitannya berhubung kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd (SRC).

Najib dalam sumpah laknat itu memaklumkan bahawa beliau tidak pernah mengetahui secara khusus atau sebaliknya bahawa dana sebanyak RM42 juta itu, datangnya daripada syarikat SRC secara langsung atau tidak, sehingga kini.

“Kedua, aku tidak pernah menerbitkan atau bersetuju untuk mewujudkan syarikat SRC untuk tujuan merangkumkan apa-apa dana bagi tujuan peribadi atau keluargaku.

“Ketiga, aku tidak pernah mengarahkan mana-mana anggota pengarah atau mana-mana pegawai SRC untuk menyelewengkan apa-apa dana syarikat SRC ke dalam akaun bank aku untuk apa-apa tujuan.

“Keempat, aku tidak pernah terlibat dalam mesyuarat Kabinet untuk meluluskan jaminan-jaminan kerajaan bagi pinjaman Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) sebanyak RM4 billion kepada syarikat SRC bagi tujuan aku mendapatkan habuan haram sebanyak RM42 juta tersebut,” katanya dalam lafaz sumpah itu.

Sesungguhnya doa insan teraniaya tiada hijabnya.

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker