Annuar hipokrit, dia pun sokong DAP juga – Puad

Annuar hipokrit, dia pun sokong DAP juga – Puad

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, hari ini, menyifatkan Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa sebagai seorang yang hipokrit, kerana beliau sendiri bersekongkol dengan DAP.

Mohd Puad menerusi hantaran di Facebooknya mendakwa, Annuar menuduh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai menguasai UMNO kerana terdapat ura-ura Barisan Nasional (BN) akan menyertai kerajaan Pakatan Harapan (PH).



“Annuar lupa sejarah UMNO duduk dalam kerajaan Muhyiddin (Tan Sri Muhyiddin Yassin).Tidakkah Muhyiddin menguasai MP (Ahli Parlimen) UMNO. Dia lantik Menteri UMNO tanpa peduli hirarki UMNO. Annuar jadi menteri juga.

“Annuar patuh cakap Muhyiddin daripada cakap parti. Dia pertahankan keputusan Muhyiddin isytihar darurat dan gantung Parlimen. Mujur Yang di-Pertuan Agong batalkan darurat.

“Annuar berkomplot menentang keputusan Perhimpunan Agung (UMNO). Beliau cuba halang parti keluar daripada kerajaan PN (Perikatan Nasional). Dia mahu Muhyiddin kekal jadi PM (Perdana Menteri),” katanya.

Mohd Puad turut mendakwa Annuar juga cuba menghalang Parlimen dibubarkan awal sebelum pemilihan parti.



“Senanglah beliau dan kumpulannya menang pemilihan parti ketika mereka masih menjadi menteri.

“Naratif mereka sekarang ialah ‘No Anwar No DAP,’ padahal tular video Annuar yang kata, apa salahnya bekerjasama dengan DAP. Dia juga mempertahankan ‘MOU (perjanjian persefahaman) dengan DAP’ apabila Datuk Seri Ismail Sabri jadi PM.

“Apakah itu bukan bersekongkol dengan DAP? DAP dapat peruntukan sama banyak dengan MP BN. Bahkan dia kata MoU itu tidak ada had masa. Kalau batalkan MoU itu, BN boleh disaman. Begitu sekali dia suka DAP,” katanya.

Beliau berkata, tambah hipokrit apabila Annuar mendesak pemimpin parti jangan ‘tembak kaki sendiri’, tetapi Annuar kini ‘menembak’ kakinya sendiri.



“Dia salahkan Presiden, apa kurangnya dia. Dia juga punca kekalahan. Tidak patuh keputusan parti adalah kesalahan besar.

“Annuar kena nafi, betulkah pada malam terakhir wujud perundingan untuk dia jadi calon PN di Ketereh?,” katanya.

Annuar dalam hantaran di Facebooknya malam tadi, mendakwa wujud konspirasi terancang apabila ada pihak cuba mengelirukan Yang di-Pertuan Agong dalam soal pemilihan Perdana Menteri ke-10.

Tanpa merujuk kepada siapa, Ketua UMNO Bahagian Ketereh mendakwa, pihak terbabit mengemukakan dokumen bercanggah Perlembagaan dan bertentangan keputusan Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) diumum semalam.



Mesyuarat Dewan Tertinggi BN malam tadi dilapor membincangkan pendirian BN dan ahli parlimen berhubung pelantikan Perdana Menteri serta penubuhan kerajaan baharu selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). BH

Annuar hipokrit, dia pun sokong DAP juga – Puad


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Agama, bangsa tak patut jadi isu dalam penubuhan kerajaan – Johari

Agong cadang kerajaan perpaduan PH-PN, Anwar setuju Muhyiddin tolak



Bakal pengantin ‘dirasuk’ roh, menari tarian Jawa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker