Wanita tembak teman lelaki kerana enggan berdebat

LOUSIANA: Seorang wanita diburu polis selepas menembak kekasihnya awal pagi Sabtu di Amerika Syarikat (AS).

Wanita yang berasal dari Shreveport, Lousiana itu melarikan diri menaiki kereta jenis Honda Accord berwarna hijau selepas menembak kekasihnya yang berusia 34 tahun.

Memetik laporan nzherald, Jenalisha Lawrence, 29, dikatakan bertindak demikian selepas kekasihnya enggan berdebat.

Polis Shreveport dalam kenyataan berkata pihaknya dikerah ke lokasi kejadian pada jam 7.30 pagi selepas menerima laporan terdapat kejadian tembakan.

“Selepas mendapatkan keterangan daripada saksi, polis mendapati Jenalisha menembak lelaki itu kerana mangsa enggan berdebat dengannya.

“Mangsa yang mengalami kecederaan parah dan mengancam nyawa telah dibawa ke hospital,” kata kenyataan itu.

Polis ketika ini sedang mengesan wanita tersebut, namun mengalami kesukaran kerana suspek memiliki dua alamat di Shreveport.

“Polis percaya wanita itu merentasi negeri ke Texas dan kami sedang berusaha mengesan kedudukannya,” katanya. Awani

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker