Ahli Parlimen BN mahu kekal pembangkang

Ahli Parlimen BN mahu kekal pembangkang

Beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dilihat ‘sepakat’ untuk menjadi blok pembangkang dan enggan bergabung dengan mana-mana gabungan sama ada Perikatan Nasional (PN) mahupun Pakatan Harapan (PH) bagi membentuk kerajaan.

Ia dikatakan sudah disepakati beberapa Ahli Parlimen termasuk pemimpin utama selepas mengambil kira prestasi teruk dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Sabtu lalu.

Sumber yang dihubungi menjelaskan, dalam satu pertemuan tidak rasmi membabitkan pemimpin utama dan beberapa Ahli Parlimen BN semalam, mereka juga ‘mengesyorkan’ supaya PN dan PH bergabung membentuk kerajaan, memandangkan kedua-dua gabungan mampu membentuk kerajaan dengan majoriti kukuh.

“Kekal di blok pembangkang ini mengambil kira prestasi buruk BN. Kena akui kekalahan, bina kekuatan dan jadi pembangkang yang betul-betul berfungsi di Parlimen,” katanya.

Sumber itu berkata, BN sebaik-baiknya tak perlu dilibatkan dalam urusan pembentukan gabungan kerajaan, namun boleh mengambil bahagian dalam urusan pemilihan calon Perdana Menteri dan hal-hal lain berkaitan Parlimen kelak.

Sementara itu, Pengerusi Wanita BN, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, yang juga Ahli Parlimen Parit Sulong dalam kenyataan pula berkata, berbekal hanya 30 kerusi Parlimen yang dimenangi, BN wajar untuk terus berada di dalam blok pembangkang.

“Namun BN boleh menjadi rakan mesra dalam mana-mana gabungan politik sekiranya diperlukan untuk menubuhkan kerajaan.

“Keputusan menjadi rakan mesra parti kerajaan juga perlu dibuat secara bersyarat yang mana BN diberi kebebasan dalam berbahas / sokong/tolak sebagai blok neutral (semak dan imbang) bagi apa sahaja usul yang dibentang atau dicadang oleh kerajaan,” katanya.

Katanya, BN juga diminta tidak meruntuhkan mana-mana gabungan politik kerajaan yang sudah terbentuk sehingga Parlimen dibubarkan, selagi mana gabungan politik itu masih menjunjung tinggi semangat Perlembagaan dan kestabilan politik negara.

“Keputusan yang sudah dibuat oleh rakyat perlu dihormati. Tumpuan utama perlu diberi untuk memulihkan sokongan rakyat terhadap BN semula pada masa akan datang,” katanya.

Semalam juga Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan turut menyuarakan nada sama bahawa BN harus menjadi pembangkang dan tidak menyertai mana-mana blok kerajaan baik yang diterajui PH atau PN.

“Untuk sekarang, terus bersama dengan mana-mana pihak amat janggal. Mungkin untuk mereka kurang janggal kerana kalau kita terbabit, mereka akan jadi peneraju dan kita sekadar pelengkap.

“Tapi kita buat cara kita. Kita kena ada ‘kelas’. Kita kalah, mereka menang. Kita beri tumpuan kepada pembinaan semula parti ini,” katanya, yang tewas di kerusi Parlimen Alor Gajah. BH

Ahli Parlimen BN mahu kekal pembangkang


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sebak bersendirian di pelamin

SCRUT dedah syarikat yang melibatkan Muhyiddin dan ahli keluarga

https://mykmu.net/2022/11/17/tiket-konsert-blackpink-di-malaysia-sold-out-dalam-masa-30-

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker