‘Mat Kilau’ pun turun mengundi

#PRU15

‘Mat Kilau’ pun turun mengundi

‘Mat Kilau’ Datuk Adi Putra selesai menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia pada Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU15) kali ini.

Tunjang utama filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu bersemangat dengan memuat naik foto jarinya berdakwat awal pagi tadi dalam Instagram.



“Selamat mengundi, Malaysia! #taatpadayangsatu,” demikian coretan ringkas Adi atau nama sebenarnya, Mohamed Hadi Putera Halim, 41.

Ramai dalam kalangan peminat merakamkan ucapan tahniah buat Adi yang tidak menunggu lama melunaskan tugas sebagai rakyat Malaysia.

“Tahniah Datuk Adi Putra dah laksanakan tanggungjawab sebagai rakyat yang prihatin kepada negara. Terbaik dan ‘salute’.

“Ingatkan tercucuk lubang hidung Thanos (watak filem Marvel) tadi,” demikian antara komen ditinggalkan para peminat.



Sekadar info, Adi yang merupakan selebriti kelahiran Singapura mengumumkan dalam laman Instagram miliknya pada April 2018 bahawa beliau telah menerima taraf warganegara Malaysia.

Selain Adi, isteri dan anak-anaknya turut memperoleh kewarganegaraan Malaysia. K Online

‘Mat Kilau’ pun turun mengundi


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sebak bersendirian di pelamin

SCRUT dedah syarikat yang melibatkan Muhyiddin dan ahli keluarga



Tiket Konsert BLACKPINK Di Malaysia ‘Sold Out’ Dalam Masa 30 Minit



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker