Kekecohan tercetus di pusat pengundian PPR Kerinchi

#PRU15

Kekecohan tercetus di pusat pengundian PPR Kerinchi

Kekecohan berlaku di pusat pengundian PPR Kerinchi dalam kawasan Parlimen Lembah Pantai di sini, apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) didakwa gagal menyempurnakan persiapan mengundi di lokasi terbabit.

Calon Pakatan Harapan, Fahmi Fadzil, mendakwa SPR perlu bertanggungjawab dan mengakui kegagalan mereka menyiapkan segala keperluan di pusat berkenaan yang dibuat di kawasan padang.

“Keperluan asas seperti papan tanda saluran mengundi, kerusi menunggu untuk warga emas, malah tiada khemah yang disediakan untuk pengundi yang hadir seawal 7 pagi untuk mengundi,” katanya.

Fahmi yang juga penyandang kerusi parlimen Lembah Pantai turut mempersoalkan mengapa SPR memilih lokasi di PPR Kerinchi sebagai pusat pengundian.

“Ada dewan orang ramai di sini yang boleh digunakan, mengapa memilih kawasan padang PPR, selain itu mereka tidak berbincang dengan wakil penduduk di sini berkenaan penggunaan kawasan padang perumahan rakyat itu sebagai pusat mengundi,” katanya.

Fahmi berkata, kejadian ini jelas menunjukkan kelemahan SPR dalam menjalakan tugas bagi memastikan proses membuang undi berjalan lancar.

“Mereka (SPR) mempunyai masa yang cukup untuk membuat segala perancangan dan persiapan, namun mereka masih gagal menjalakan tugas mereka dengan baik,” katanya.

Fahmi mendakwa, pusat pengundi PPR Kerinchi mempunyai kira-kira 6,000 pengundi dan antara yang terbesar dalam kawasan Lembah Pantai. BH

Kekecohan tercetus di pusat pengundian PPR Kerinchi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sebak bersendirian di pelamin

SCRUT dedah syarikat yang melibatkan Muhyiddin dan ahli keluarga

Tiket Konsert BLACKPINK Di Malaysia ‘Sold Out’ Dalam Masa 30 Minit

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker