Terima keputusan PRU15 tanpa sebarang provokasi – Ismail

#PRU15

Terima keputusan PRU15 tanpa sebarang provokasi – Ismail

Perdana Menteri berharap sebarang keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diterima dengan tenang tanpa berlaku sebarang provokasi.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak mahu berlaku kekecohan seperti sebelum ini.

“Saya harap malam esok apabila keputusan diumumkan, semua kita boleh terima keputusan dengan semangat yang tinggi dan hati terbuka.

“Menang kalah adat pertandingan,” katanya pada sidang media selepas bertemu penduduk Bandar 32 di sini hari ini.

Menurut Ismail Sabri, pihaknya mengucapkan syukur kerana proses kempen selama dua minggu tidak berlaku perkara yang tidak diingini.

Diminta nasihat kepada pengundi, Perdana Menteri mahu lebih 21 juta pengundi membuat pilihan tepat dengan mengangkat parti yang sudah terbukti membawa kestabilan dan kemakmuran di negara ini.

Beliau juga mahu para pengundi yang pulan ke kampung halaman supaya berhati-hati memandu di jalan raya. MG

Terima keputusan PRU15 tanpa sebarang provokasi – Ismail


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sebak bersendirian di pelamin

SCRUT dedah syarikat yang melibatkan Muhyiddin dan ahli keluarga

Tiket Konsert BLACKPINK Di Malaysia ‘Sold Out’ Dalam Masa 30 Minit

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker