Kecoh Twitter bakal ditutup
Kecoh Twitter bakal ditutup
Pengguna Twitter di negara ini luah rasa kesal berhubung dakwaaan penutupan aplikasi tersebut hari ini.
Rata-rata mereka mengeluh memandangkan hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan berlangsung esok.
Kebanyakan pengguna aplikasi itu mengatakan sukar bagi mereka untuk mendapat perkembangan terkini lebih-lebih lagi medium tersebut banyak membantu memudahkan dalam mendapatkan maklumat pantas selain isu tular dan sebagainya.
Melalui ciapan beberapa pengguna di aplikasi berkenaan menyatakan langkah penutupan itu harus dilakukan selepas PRU15.
“Baik jangan tutup sekarang, mana mana hendak mendapat maklumat berhubung PRU15,” kata Ella.
“Twitter kalau nak shut down, tunggulah Isnin, macam mana nak kemas kini keputusan PRU15 esok?” kata netizen lain.
Tinjauan Kosmo! di Twitter mendapati #RIPTwitter dan #GoodByeTwitter menjadi sohor kini (trending) dalam tempoh kurang 24 jam masing-masing dengan 719,000 dan 72,400 ciapan.
Hari ini media melaporkan, beratus-ratus pekerja Twitter dilaporkan telah meletakkan jawatan.
Hal itu berlaku menjelang tarikh akhir pelaksanaan perubahan ketara dengan menambah jumlah masa bekerja seperti yang diumumkan Ketua Pegawai Eksekutif baharu syarikat media sosial itu, Elon Musk sebelum ini.
Musk sebelum ini dilaporkan akan memberhentikan 7,500 kakitangan Twitter hanya dua minggu lalu selepas mengambil alih syarikat itu yang menyaksikan ramai pekerja mula meletak jawatan. K Online
Kecoh Twitter bakal ditutup
Baca Artikel Menarik:
- SCRUT dedah syarikat yang melibatkan Muhyiddin dan ahli keluarga
- Lelaki didakwa 16 pertuduhan rogol tiga anak tiri
- MYAirline dapat lesen mulakan khidmat penerbangan
- Bukan semua profesor sokong Anwar – Ismail
- Dakwaan sabotaj Tok Mat – Khairy akan buat laporan polis, SKMM
- Penuntut IPT dicekup berkhalwat, alasan buat assignment
- Firma Fitch Solutions ramal BN menang PRU15 kerana ini…
- Tanpa IC boleh mengundi, ini 5 dokumen lain boleh digunakan
- Jangan beli kereta, TV tahun hadapan – Jeff Bezos
- Ada asas siasat perbelanjaan RM500 bilion PN
- Anwar gelar Razman bodoh
- 17 tahun sangka anak mati, rupanya dibawa lari oleh saudara sendiri/a>
- Khalid ibarat ‘najis’ di Titiwangsa
- Anwar bengang Muhyiddin sikit-sikit nak bersumpah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
SCRUT dedah syarikat yang melibatkan Muhyiddin dan ahli keluarga
Tiket Konsert BLACKPINK Di Malaysia ‘Sold Out’ Dalam Masa 30 Minit