Kempen PH hanya isu kitar semula – Calon BN Ayer Kuning

#PRU15

Kempen PH hanya isu kitar semula – Calon BN Ayer Kuning

TAPAH –“Pakatan Harapan (PH) terpaksa menggunakan isu kitar semula yang mereka sendiri gagal selesaikan ketika menjadi kerajaan selama 22 bulan,” kata calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, Ishsam Shahruddin.

Tambahnya, PH sudah kehabisan modal untuk menarik perhatian pengundi yang kini dilihat sudah kembali kepada BN.

“Memang PH tidak boleh dipisahkan dengan retorik dan fitnah untuk tarik perhatian pengundi.

“Namun situasi dulu dan kini sudah jauh berubah. Pengundi yang dahulunya termakan dengan janji manis dan fitnah itu sudah tidak boleh lagi dipesongkan pemikiran mereka.

“Mereka sudah kembali dan hakikatnya mereka mahu BN memerintah negara ini semula. Itulah realiti pada hari ini,” katanya kepada MalaysiaGazette di sini hari ini.

Bekas pemain bola sepak kebangsaan dan Perak pada 80-an dan 90-an itu menambah, gelombang perubahan khususnya daripada golongan muda sudah jelas terasa.

Justeru, beliau yakin BN mampu memperolehi kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-15, Sabtu ini.

“Sebagai ahli sukan, sememangnya ramai sekali golongan belia tanpa mengira kaum dan latar belakang mengenali saya.

“Mereka mahu mendekati saya dan mengambil inspirasi serta mahu saya melakukan sesuatu terutamanya berkaitan sukan.

“Misi dan matlamat saya hanyalah satu iaitu menawarkan diri untuk berbakti kepada rakyat di sini.

Saya lahir dan dibesarkan di sini, maka wajarlah saya berbakti dan menyumbang khidmat kepada masyarakat di sini,” katanya menutup bicara. MG

Kempen PH hanya isu kitar semula – Calon BN Ayer Kuning


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Saya mohon maaf, saya hanya mahu ‘prank’ anak saudara

Takiyuddin bidas kembali kenyataan Muhyiddin, pendirian PAS terbuka

Teman lelaki Syazlin Zainal ziarah pusara kekasih

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker