GRS-BN mampu menang 15 kerusi Parlimen – Bung

#PRU15

GRS-BN mampu menang 15 kerusi Parlimen – Bung

Tidak mustahil untuk Barisan Nasional (BN) dan rakan kerjasamanya Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memenangi 15 kerusi Parlimen di Sabah pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), kata pengerusi BN negeri Bung Moktar Radin.

“Saya ada keyakinan (menang 15 kerusi) kerana saya melihat ia bukan sesuatu yang mustahil dan Insya-Allah mungkin lebih daripada 15 kerusi pun kedua-dua parti boleh dapat (menang),” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program santai bersama rakyat di Dewan Kampung Suan Lamba di sini hari ini.



Semalam, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata BN menyasarkan memenangi sekurang-kurangnya 15 kerusi Parlimen di Sabah menerusi kerjasama dengan GRS pada PRU15.

Dalam perkembangan berkaitan, Bung berkata situasi berlaku di Tenom dan Beluran tidak menjejaskan peluang BN untuk memperoleh kemenangan di kedua-dua kerusi berkenaan.

“Saya yakin BN akan menang di Tenom dan Beluran,” katanya.

Pada 11 Nov, Bung dilaporkan menggesa GRS mengambil tindakan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri Kemabong Rubin Balang yang didakwanya menjadi dalang meletakkan anaknya Riduan Rubin sebagai calon Bebas dan kemudian menyertai Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (PKDM) sekali gus dianggap melanggar kerjasama GRS-BN pada PRU15.



Naib Presiden Bersatu Ronald Kiandee pula bertindak mempertahankan kerusi Parlimen Beluran dengan tiket Perikatan Nasional, menyebabkan pertembungan dengan calon BN Benedict Asmat di kawasan tersebut.

Di Sandakan, keyakinan sama turut disuarakan Pengerusi GRS Hajiji Noor yang berkata kerjasama GRS-BN itu dijangka dapat dapat memenangi lebih daripada 15 kerusi Parlimen di negeri ini dalam PRU15.

Ketua menteri Sabah itu berkata ini kerana rakyat sendiri dapat melihat kerajaan negeri dipimpin GRS-BN menekankan politik pembangunan dan perpaduan sebagai landasan untuk membawa kestabilan dan kemajuan di negeri ini.

Katanya kedua-dua aspek itu sangat penting untuk masa depan Sabah dan rakyatnya, berbanding pendekatan politik mengikut emosi hingga rakyat dan kawasan tidak terbela.



“Jadi bagi saya kalau kita berpolitik, kita mesti memikirkan politik pembangunan, kemajuan dan perpaduan. Jangan pakai (guna) perasaan, ada yang kita tidak senang hati sikit-sikit tidak mahu undi calon kerajaan, jadi kita rugi,” katanya pada Majlis Bersama Rakyat di Kampung Bongaya Baru, Batu Sapi hari ini.

Hajiji berkata Sabah mempunyai sumber yang banyak tetapi disebabkan politik, rakyat dan pemimpinnya berpecah belah sebelum ini menyebabkan negeri ini ketinggalan dari segi Kemajuan. FMT

GRS-BN mampu menang 15 kerusi Parlimen – Bung


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Saya mohon maaf, saya hanya mahu ‘prank’ anak saudara

Takiyuddin bidas kembali kenyataan Muhyiddin, pendirian PAS terbuka



Teman lelaki Syazlin Zainal ziarah pusara kekasih



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker