Video lucah dalam telefon, kerani didenda RM3,500

Video lucah dalam telefon, kerani didenda RM3,500

KLANG: Seorang kerani didenda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini, selepas mengaku bersalah memiliki koleksi 62 video lucah dalam telefon bimbit pada 2018.

Noor Azmira Kamarudin, 44 membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret P Sarulatha.

Tertuduh juga diarah menjalani hukuman penjara lima bulan sekiranya gagal membayar denda yang ditetapkan.

Mengikut kertas pertuduhan, Noor Azmira memiliki 62 video lucah dalam telefon bimbit, perbuatan yang menyalahi kesalahan mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan.

Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau dengan denda, atau kedua-duanya.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah unit pangsapuri di Bandar Putera, Klang pada 23 Oktober 2018.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC), Fazril Sani Mohd Fadzil, manakala tertuduh diwakili peguam bela, Rajvinder Singh.

Sementara itu, Rajvinder memohon agar Noor Azmira dikenakan hukuman ringan kerana dia mempunyai seorang anak yang masih kecil serta turut menjaga ibu bapanya yang sudah uzur.

“Tertuduh yang bekerja sebagai kerani hanya berpendapatan RM2,000 sebulan. Pengakuan bersalah juga menjimatkan masa mahkamah,” katanya.

Fazril Sani kemudian meminta mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal kepada tertuduh sebagai pengajaran agar tidak mengulangi perbuatan itu pada masa hadapan. BH

Video lucah dalam telefon, kerani didenda RM3,500


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Saya mohon maaf, saya hanya mahu ‘prank’ anak saudara

Takiyuddin bidas kembali kenyataan Muhyiddin, pendirian PAS terbuka

Teman lelaki Syazlin Zainal ziarah pusara kekasih

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker