Trump bertanding jawatan presiden 2024
Trump bertanding jawatan presiden 2024
Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada malam Selasa mengumumkan bakal bertanding semula jawatan Presiden bagi 2024, lapor Xinhua.
“Malam ini, saya mengumumkan pencalonan saya untuk jawatan Presiden Amerika Syarikat,” kata ahli Republikan itu dari pusat peranginan Mar-a-Lago di Palm Beach, Florida.
Trump, 76, memfailkan pencalonannya kepada Suruhanjaya Pilihan Raya Persekutuan pada Selasa.
Pengumuman itu dibuat seminggu selepas pilihan raya separuh penggal AS 2022, dengan kesemua 435 kerusi Dewan Perwakilan dan 35 kerusi anggota Senat 100 turut dipertandingkan.
Demokrat dijangka mengekalkan kawalan ke atas Senat dalam Kongres AS akan datang manakala tiada parti memenangi kerusi yang mencukupi untuk membentuk majoriti dalam Dewan Perwakilan setakat malam Selasa.
Trump berkhidmat sebagai presiden ke-45 Amerika Syarikat dari 2017 hingga 2021.
Beliau tewas kepada pencabarnya dari Demokrat Presiden Joe Biden dalam pilihan raya presiden AS 2020.
Minggu lalu Biden memaklumkan kemungkinan besar akan bertanding semula jawatan presiden dan akan membuat keputusan rasmi “awal tahun depan.”
Pilihan raya presiden AS 2024 dijadual berlangsung pada 5 November 2024. HM
Trump bertanding jawatan presiden 2024
Baca Artikel Menarik:
- Muhyiddin luluskan kontrak RM580b tanpa tender – Anwar
- BN menang Ismail PM – Johari
- Anwar mahu Muhyiddin dedah akaun Bersatu
- Jangan percaya tinjauan kata PH pilihan utama pengundi – Mahathir
- Tak mungkin Zahid jadi PM
- Kajian IDE ramal Azmin bakal tewas di Gombak
- Pas sepatutnya ada kuasa bersuara dalam PN – Ismail
- Kerajaan rugi tak ada pakar ekonomi seperti Johari Ghani – Ismail
- Pakatan Harapan fobia dengan perkataan manifesto
- PAS tak akan bekerjasama dengan BN – Hadi
- Saya tak pernah jumpa pemimpin PN bincang kerjasama – Hishammuddin
- PN goyah, PAS mula buat perangai
- PRU15: Anwar umum ‘sokong’ Tengku Zafrul
- Ilham Centre nafi ramal PH menang 87 kerusi
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Saya mohon maaf, saya hanya mahu ‘prank’ anak saudara
Takiyuddin bidas kembali kenyataan Muhyiddin, pendirian PAS terbuka