Tawaran RM1,000 kepada pengundi di Pagoh

#PRU15

Tawaran RM1,000 kepada pengundi di Pagoh

Barisan Nasional (BN) Pagoh mendakwa pengundi di Parlimen itu ditawarkan wang tunai sehingga RM1,000 oleh parti lawan untuk menyokong mereka pada hari mengundi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) Sabtu ini.

Pengarah Jentera PRU15 BN Pagoh, Ismail Mohamed berkata, pihaknya menerima aduan daripada penduduk sekitar terutama di kawasan FELDA sejak semalam.

“Terdapat usaha cara berkempen yang tidak sihat ditampilkan oleh parti tertentu. Perkara ini kami dapat daripada pengundi di kawasan FELDA dan beberapa kampung.

“Kami amat kecewa dengan keadaan ini. Pengundi di Pagoh tidak sewajarnya diajar dengan politik kotor. Sesebuah parti itu tidak sewajarnya menggunakan cara tidak sihat ini untuk meraih undi,” katanya pada sidang media di Kompleks Seri Pekembar di sini, hari ini.

Ismail yang juga Pengerusi BN Pagoh berkata, pihaknya kini sedang mengumpulkan bukti bergambar dan akan melaporkannya kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Katanya, berdasarkan aduan yang diterima, ‘ganjaran’ terbabit di agihkan kepada pengundi dari rumah ke rumah.

“Aduan diberikan kepada saya, (mereka) diberi RM1,000 satu rumah. Saya tiada masalah nak sebut perkara ini kerana orang FELDA yang memberitahu saya.

“Usaha meraih undi seperti ini pernah berlaku semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu dan saya berharap pihak berkuasa dapat memantau aktiviti tidak sihat ini,” katanya.

Tanpa menamakan parti politik yang berbuat demikian, Ismail berkata, pihaknya akan mendedahkannya sebaik sahaja bukti bergambar diterimanya. HM

Tawaran RM1,000 kepada pengundi di Pagoh


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Saya mohon maaf, saya hanya mahu ‘prank’ anak saudara

Takiyuddin bidas kembali kenyataan Muhyiddin, pendirian PAS terbuka

Teman lelaki Syazlin Zainal ziarah pusara kekasih

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker