Suami campur pil gugur kandungan dalam air minuman isteri

HOUSTON, TEXAS – Seorang lelaki di Texas, Amerika Syarikat (AS) dihadapkan ke mahkamah selepas didakwa memasukkan pil menggugurkan kandungan ke dalam minuman isterinya tanpa pengetahuan mangsa, lapor laman berita Wion News.

Mason Herring, 38, dari Houton didakwa atas dua tuduhan jenayah iaitu menyerang wanita hamil dan ‘jenayah yang didorong untuk menggugurkan kandungan’, demikian menurut rekod mahkamah.

Undang-undang pengguguran kandungan di Texas adalah antara paling ketat di AS. Perbuatan menggugurkan kandungan dibenarkan jika nyawa ibu dalam bahaya sahaja, bahkan tiada pengecualian untuk kehamilan disebabkan kes rogol atau sumbang mahram.

Orang awam juga dibenarkan menyaman individu yang membantu seseorang untuk menggugurkan kandungan.

Wanita itu mendakwa suaminya, Herring menawarkan segelas air kepadanya pada Mac lalu di mana dia mengambilnya dan mendapati ia tidak jernih. Herring berkata, air itu kelihatan keruh mungkin disebabkan oleh air paip yang kotor.

Selepas setengah jam, wanita itu mula mengalami kekejangan dan pendarahan sebelum dibawa ke unit kecemasan. Dia percaya sakit itu disebabkan oleh pil pengguguran.

Herring menawarkan lebih banyak minuman kepada isterinya selepas pulang dari hospital. Dia mendapati minuman itu mengandungi ‘bahan yang tidak diketahui’ di dalamnya, manakala air keempat ialah sebotol jus oren.

Menurut afidavit oleh Jabatan Polis Houston, pasangan itu berkahwin selama 11 tahun dan mempunyai dua anak.

Pada Februari lalu, Herring mahu berpisah dengan isterinya dan kemudian berpindah. Herring tidak berpuas hati apabila dia diberitahu bahawa isterinya hamil.

Pada April 2022, isterinya menjemput dua orang untuk melihat sama ada suaminya berkelakuan mencurigakan. Mereka menyedari Herring cuba memberinya minuman yang dicampurkan ‘bahan yang tidak diketahui’.

Seminggu kemudian, dia melihat lelaki itu memasukkan sesuatu ke dalam minumannya dan menemui pek Cyrux, yang mengandungi misoprostol, bahan yang diketahui boleh menyebabkan pengguguran, di dalam tong sampah. – Agensi

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Saya mohon maaf, saya hanya mahu ‘prank’ anak saudara

Takiyuddin bidas kembali kenyataan Muhyiddin, pendirian PAS terbuka

Teman lelaki Syazlin Zainal ziarah pusara kekasih

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker