Siasat segera dakwaan PAS agih wang

#PRU15

Siasat segera dakwaan PAS agih wang

BESUT: Barisan Nasional (BN) Terengganu menggesa siasatan segera dilakukan terhadap kerajaan PAS Terengganu yang didakwa mengagihkan wang kepada rakyat dalam tempoh kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Said, berkata pihaknya sudah mengarahkan semua Ketua Pemuda Bahagian dan Ketua Pemuda di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) berkaitan membuat laporan berhubung tindakan itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), polis serta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), bermula hari ini.

Katanya, tindakan salah guna kuasa dengan sewenangnya mengagihkan wang semasa tempoh berkempen kepada rakyat bercanggah dengan peraturan pilihan raya.

“PAS seperti desperate (terdesak) menggunakan wang dengan melakukan agihan i-OKU, i-Pencen RM600 serta i-Belia dalam tempoh berkempen.

“Peruntukan ini tiada dalam bajet kerajaan negeri dan tidak pernah dibawa ketika pembentangan bajet kerajaan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media ketika Majlis Kenduri Rakyat Bersama Pemimpin di Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Kampung IKM, di sini hari ini.

Ahmad berkata, tahun lalu hanya peruntukan untuk bantuan i-Fitri serta i-Mahasiswa dibentangkan dalam bajet kerajaan negeri.

“Peruntukan asal berjumlah RM20 juta sebelum ditambah lagi RM30 juta dengan menjadikan jumlah keseluruhan berjumlah RM50 juta.

“Kita juga minta SPR menggunakan kuasa mereka dengan membatalkan penyertaan calon-calon PAS pada PRU15,” katanya.

Dalam pada itu katanya, sokongan pelbagai lapisan rakyat terhadap BN semakin meningkat dengan penyertaan ramai penyokong dari parti lain masuk BN.

“Dalam tempoh berkempen hampir setiap DUN penyokong parti-parti lain mula bertindak masuk BN serta menyokong perjuangan kita,” katanya. BH

Siasat segera dakwaan PAS agih wang


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Saya mohon maaf, saya hanya mahu ‘prank’ anak saudara

Takiyuddin bidas kembali kenyataan Muhyiddin, pendirian PAS terbuka

Teman lelaki Syazlin Zainal ziarah pusara kekasih

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker