Jangan ambil risiko silap pilih kerajaan lagi
#PRU15
Jangan ambil risiko silap pilih kerajaan lagi
Rakyat Johor dinasihatkan supaya tidak lagi mengambil risiko dalam membuat keputusan salah dengan memilih kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), bagi mengelak berlaku semula ketidakstabilan dalam pentadbiran negara.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, negara telah pun mengalami pelbagai masalah selepas rakyat memilih untuk membuat perubahan pada PRU14.
Katanya, sampai bila ketidakstabilan harus berlaku kerana yang akan menjadi mangsa adalah rakyat sendiri dan ia turut membawa kesan kepada ekonomi.
“Saya mahu merayu kepada pengundi di Johor untuk pilih kestabilan demi masa depan lima tahun lagi, kerana kita telah pun rugi hampir lima tahun sebelum ini.
“Kita tidak mampu lagi (tersalah pilih) kerana yang akan menjadi mangsa ialah ekonomi, kemajuan kita dan rakyat keseluruhan. Janganlah kita bazirkan masa lagi,” katanya kepada MalaysiaGazette ketika ditemui di kediaman rasmi beliau di sini, semalam.
Menurut Onn Hafiz, memberikan satu undi kepada Barisan Nasional (BN) bermakna rakyat memilih kestabilan manakala memberikan satu undi kepada parti-parti lain sama seperti mereka memilih ketidakstabilan dan kehancuran.
Dengan memberikan contoh, parti seperti Pakatan Harapan (PH) tidak akan mampu bersama dengan parti di Sabah serta Sarawak dan ini diketahui ramai.
Ujarnya, bukan sahaja PH, malah perkara sama juga akan terjadi kepada parti Perikatan Nasional (PN).
“Kita semua tahu bahawa yang boleh bekerjasama dengan parti di Sarawak dan Sabah adalah Barisan Nasional,” katanya.
Menjelaskan perkara itu, Onn Hafiz berkata, BN adalah kerajaan yang kuat dan mampu mentadbir negara serta memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Beliau turut memberi amaran bahawa tahun depan adalah tahun yang penting kerana negara bakal berdepan dengan krisis ekonomi yang melanda dunia.
Tegasnya, negara tidak boleh berdepan dengan situasi itu ketika politik negara sedang bergoncang seperti dilanda puting beliung.
“Kalaulah tahun depan tidak stabil (politik), dan pada masa sama nak berdepan pula dengan krisis ekonomi… itu sangat merisaukan saya,” ujarnya.
Dalam pada itu, Onn Hafiz yang juga Pengarah Operasi Pilihan Raya BN Johor turut mengingatkan pengundi atas pagar supaya tidak terpengaruh dengan penipuan yang dicanangkan, kononnya setiap undi kepada BN sama seperti mengangkat Datuk Seri Zahid Hamidi sebagai Perdana Menteri.
Katanya, tuduhan itu dibuat oleh PH dan PN yang bertujuan untuk menakut-nakutkan rakyat di Johor, sedangkan kepimpinan MCA dan MIC yang merupakan parti gabungan BN bersetuju untuk meletakkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri.
“Jadi, ini bukan isu nak selamatkan kluster mahkamah. Itu yang digembar-gemburkan oleh PH dan PN untuk menakutkan pengundi atas pagar.
“Jangan kita termakan (penipuan), ini suatu perkara yang sangat berbeza,” tambahnya. MG
Jangan ambil risiko silap pilih kerajaan lagi
Baca Artikel Menarik:
- Muhyiddin luluskan kontrak RM580b tanpa tender – Anwar
- BN menang Ismail PM – Johari
- Anwar mahu Muhyiddin dedah akaun Bersatu
- Jangan percaya tinjauan kata PH pilihan utama pengundi – Mahathir
- Tak mungkin Zahid jadi PM
- Kajian IDE ramal Azmin bakal tewas di Gombak
- Pas sepatutnya ada kuasa bersuara dalam PN – Ismail
- Kerajaan rugi tak ada pakar ekonomi seperti Johari Ghani – Ismail
- Pakatan Harapan fobia dengan perkataan manifesto
- PAS tak akan bekerjasama dengan BN – Hadi
- Saya tak pernah jumpa pemimpin PN bincang kerjasama – Hishammuddin
- PN goyah, PAS mula buat perangai
- PRU15: Anwar umum ‘sokong’ Tengku Zafrul
- Ilham Centre nafi ramal PH menang 87 kerusi
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Takiyuddin bidas kembali kenyataan Muhyiddin, pendirian PAS terbuka
You must be logged in to post a comment.