Calon New-Gen BN bawa aspirasi rakyat

#PRU15

Calon New-Gen BN bawa aspirasi rakyat

“Kita memerlukan ahli politik yang mahu bekerja, menunjukkan keazaman tinggi untuk berkhidmat kepada rakyat. Sekarang rakyat menyampah, sudah meluat dengan ‘kelaku’ (kelakuan), tindak tanduk orang politik.”

Demikian kata calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Merbok, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin pada program Kenali Calon New-Gen BN Bersama Khairy Jamaluddin dalam sesi siaran langsung di Facebook Khairy, hari ini.

Shaiful Hazizy berkata, generasi baharu pemimpin BN komited kepada tadbir urus yang baik, berintegriti dan melawan pelakuan rasuah.

“Untuk maju ke hadapan, BN memerlukan pemimpin yang bersih dan tidak terpalit rasuah. Jadi kita (generasi baharu) kena buktikan mereka salah.

“Generasi baharu BN sepatutnya bekerja dan tunjukkan keberanian, berani bercakap benda yang betul dan benar, itu mesej jelas,” katanya.

Pada sesi itu, Khairy yang bertindak sebagai moderator bertanyakan beberapa soalan kepada panel jemputan termasuk harapan serta aspirasi mereka untuk rakyat dan negara pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Selain Shaiful Hazizy, panel jemputan lain ialah calon Parlimen Arau, Datuk Rozabil Abd Rahman atau Tok Ben; calon Parlimen Raub, Datuk Chong Sin Woon; calon Parlimen Kuala Langat, Datuk M Mohana; calon Parlimen Alor Gajah, Shahril Hamdan; calon Parlimen Tebrau, Nicole Wong; calon Parlimen Padang Serai, Datuk C Selvaraj dan calon Parlimen Putatan, Datuk Ir Shahelmey Yahya.

Sementara itu, Mohana berkata, pembabitan wanita dalam membuat dasar tidak sepatutnya terhad kepada 30 peratus sahaja, sebaliknya perlu lebih banyak peranan wanita bersandarkan kemampuan dan kredibiliti.

“Beri wanita jawatan atau tugas dalam pentadbiran yang lebih mencabar, tidak hanya terhad jaga Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat, sebaliknya boleh mencapai tahap seperti Tan Sri Rafidah Aziz.

“Saya harap sekiranya BN menang pada PRU-15 dan Datuk Ismail Sabri Yaakob kekal menjadi Perdana Menteri, kita harap peranan wanita dapat terus diperkasa tanpa mengira kaum,” katanya.

Sementara itu, Khairy berkata, generasi muda dalam BN bukan dirinya sahaja, sebaliknya ramai lagi individu yang berkaliber dan berpotensi

“Ini hanya sikit pilihan kecil sahaja, ramai lagi yang tidak sempat kita himpunkan pada hari ini.

Mereka ada idea dan boleh menyampaikannya dengan baik, membuktikan semuanya bukan ‘yes man’ kepada ketua, apa yang tidak betul akan diberitahu tidak betul kerana kita membawa aspirasi rakyat Malaysia,” katanya. HM

Calon New-Gen BN bawa aspirasi rakyat


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Saya mohon maaf, saya hanya mahu ‘prank’ anak saudara

Takiyuddin bidas kembali kenyataan Muhyiddin, pendirian PAS terbuka

Teman lelaki Syazlin Zainal ziarah pusara kekasih

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker