PM terus tangani masalah generasi kedua FELDA

Kejayaan dan pembangunan warga Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang dinikmati hari ini merupakan usaha berterusan kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Namun sudah semestinya perjuangan dan tekad bekas Perdana Menteri ke-2, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein yang cekal mewujudkan Felda pada 1956 bagi membasmi kemiskinan luar bandar khususnya orang Melayu merupakan titik tolak kepada kemewahan yang dinikmati itu.

Terbaharu, warga Felda dikhabarkan mendapat ‘durian runtuh’ apabila kerajaan mengumumkan peruntukan sebanyak RM65 juta bagi pelaksanaan lima inisiatif seperti diumumkan Ismail Sabri pada sambutan Hari Peneroka Felda baru-baru ini.

Inisiatif itu antara lain melibatkan dana berjumlah RM20 juta di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) sebagai cagaran kepada pinjaman perumahan oleh generasi baharu Felda agar tidak perlu menyediakan cagaran bagi membuat pinjaman.

Felda turut memperuntukkan dana pusingan RM10 juta bagi menyediakan lebih banyak peluang memulakan perniagaan dan meningkatkan kapasiti perniagaan kepada usahawan generasi muda Felda, melibatkan pinjaman tanpa faedah antara RM5,000 hingga RM20,000 dengan permohonannya dibuka pada Ogos lalu.

Yakin kepimpinan kerajaan

Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) optimis dan yakin kerajaan pimpinan Ismail Sabri mengutamakan pembangunan serta kesejahteraan warga Felda termasuk generasi baharunya di seluruh negara.

Menurut Presiden MBFM, Muhammad Fadzli Hasan, komitmen dan iltizam Perdana Menteri untuk melibatkan generasi baharu Felda dalam membuat keputusan dan memimpin di sambut baik.Katanya, Ismail Sabri sentiasa menyantuni keperluan dan kehendak golongan generasi baharu dalam isu perumahan selain turut melibatkan orang muda di peringkat dasar.

“Sebagai contoh, dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) berkaitan pemberian Lot Generasi Felda (LGF) kepada anak-anak peneroka yang tinggal di tanah perancangan atau Felda yang masih mempunyai tanah kosong.

“Tujuan pemberian lot adalah untuk membuat rumah, apabila disebut mengenai anak-anak peneroka yang ramai bekerja sendiri, tidak ada slip gaji dan sebagainya, PM (perdana menteri) faham dan mengumumkan pula dalam Bajet 2022 berkaitan SJKP.

“Anak-anak peneroka yang tiada slip gaji dan sebagainya akan diberi jaminan untuk pinjaman perumahan,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Jelasnya, Perdana Menteri turut mengiktiraf pimpinan muda dalam rancangan Felda di peringkat wilayah dan kebangsaan.

“Bilangan generasi baharu warga Felda adalah kira-kira tiga juta orang dan dengan pengiktirafan kepada golongan muda, ia merupakan satu langkah tepat supaya kami dapat menjadi pelapis kepimpinan untuk mengurus Felda di masa akan datang.

“Jika dahulu ketua peneroka adalah seorang peneroka, namun kini generasi baharu diberi ruang dalam kepimpinan di semua peringkat,” ujarnya.

Sementara itu katanya, inisiatif kerajaan membantu usahawan belia Felda juga antara perkara yang disambut baik sekali gus mencerminkan keprihatinan dan hasrat kerajaan meningkatkan sosioekonomi penduduk di tanah rancangan secara berterusan.

Justeru, menerusi Tabung Usahawan Belia Felda dengan dana permulaan RM10 juta akan mampu merancakkan aktiviti ekonomi selain menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada mereka.

Ini secara tidak langsung berupaya melonjakkan taraf sosioekonomi generasi baharu selain menjadi pemangkin ekonomi di kawasan rancangan Felda termasuk pemerkasaan ekonomi digital.

“Tiga perkara yang saya lihat kepimpinan ‘Tok Mail’ berjaya iaitu mengiktiraf peranan orang muda, isu perumahan generasi baharu dan ekonomi usahawan belia Felda.

“Ini termasuk inisiatif warga Felda sendiri yang mewujudkan program ‘coding dan robotic’ yang mendapat sumbangan daripada anak peneroka dari kawasan Felda terlibat.

“Sejumlah 101 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di kawasan Felda juga telah melalui Transformasi Digitalisasi dengan pelaksanaan Kelas Pintar yang mampu melahirkan generasi baharu lebih kreatif seiring arus teknologi baharu,” katanya.

INSENTIF/ BANTUAN WARGA FELDA

– Program Pembangunan Peneroka – Pendapatan tambahan purata RM250 – RM500 sebulan untuk 56,699 peneroka.

– 8,542 projek penternakan & pertanian diluluskan – Dana RM212 juta.

– Peruntukan RM6.1 juta – Pengurusan pusat mengumpul getah (PMG).

– Dana pusingan sebanyak RM10 juta.

– Peruntukan RM7.6 juta – Deposit untuk 2,025 penghuni Perumahan Generasi Baharu Felda.

– Dana RM20 juta menerusi Skim Jaminan Kredit Perumahan.

– Peruntukan RM21 juta untuk 317 rancangan. Hadiah tempat pertama Anugerah Kecemerlangan Rancangan Felda (AKRF) dinaikkan kepada RM1 juta.

BAJET 2023 UNTUK FELDA

– Peruntukan RM2.6 bilion untuk aktiviti komoditi termasuk Felda.

– Memanfaatkan tanah-tanah terbiar termasuk milik Felda keluasan sehingga 800 ekar untuk tanaman makanan.

– Bantuan Musim Tengkujuh sebanyak RM200 menjadikan jumlah keseluruhan RM800 untuk pekebun kecil getah Felda.

Reaksi: Warga Felda

 

MAT ZAHARI
MAT ZAHARI

“Kerajaan di bawah pentadbiran Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob jelas prihatin dan ambil berat kebajikan peneroka dan generasi kedua melalui inisiatif yang diberi. Harga sawit yang tinggi dan stabil juga beri kelegaan kepada kami. Kami akan terus menyokong beliau supaya apa yang dirancang diteruskan lagi.” – Mat Zahari Derahman, 74.

“Taraf hidup kami dibuktikan melalui pelbagai bantuan menyeluruh seperti yang diumumkan kerajaan di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Sebagai warga Felda, kami menyokong penuh usaha beliau dan harap ia diteruskan dan ditambah baik akan datang.” – Rosli Arshad, 50, (Felda Bukit Goh).

 

JEFRI
JEFRI

“Kehidupan warga Felda jauh lebih baik dan terbela di bawah pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri. Banyak perubahan dibuat dalam menaik taraf hidup dan ekonomi kami melalui pelbagai inisiatif. Warga Felda kini sentiasa dapat perhatian kerajaan.” – Jefri Kalam, 51, (Felda Bukit Goh).

“Inisiatif kerajaan untuk memperkasa usahawan warga Felda telah membuka banyak peluang perniagaan kepada wanita, ibu tunggal dan belia. Bantuan kerajaan ini telah mengubah kehidupan kami tanpa perlu bergantung kepada hasil ladang semata-mata. Terima kasih Datuk Seri Ismail Sabri yang prihatin.” – Norizan Salleh, 56, (Felda Bukit Goh).

 

AIDA
AIDA

“Peluang ekonomi kini terbuka luas di kawasan Felda berbanding dahulu. Anak muda generasi Felda yang berhijrah dah ramai kembali ‘mencari makan’ di tempat sendiri bukan perniagaan. Situasi ini membuktikan taraf ekonomi warga Felda semakin baik.” – Aida Stapa, 52, (Felda Bukit Goh).

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Adakah Muhyiddin masih anggap PAS parti ‘ajaran sesat’ [VIDEO]

Nadia Brian dikritik, sampai nampak bonjol payudara ( Video)

Kostum bertanduk, Fasha Sandha teruk ‘ditarbiah’ netizen

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker