Pengundi awal mula tunai tanggungjawab
#PRU15
Pengundi awal mula tunai tanggungjawab
Proses pengundian awal bagi pilihan raya umum ke-15 (PRU15) dan pilihan raya kecil (PRK) DUN Bugaya, Sabah bermula secara rasmi pada 8 pagi ini, melibatkan sejumlah 224,828 pengundi awal.
Daripada jumlah itu, 117,473 orang terdiri daripada anggota tentera dan pasangan, manakala 107,355 lagi anggota polis dan Pasukan Gerakan Am (PGA) serta pasangan mereka.
Sebanyak 578 pusat pengundian awal dibuka di seluruh negara, antaranya melibatkan ibu pejabat polis kontinjen (IPK), ibu pejabat polis daerah (IPD) dan kem-kem tentera, dengan sejumlah 970 saluran.
Berdasarkan warta Kerajaan Persekutuan bertarikh 31 Okt 2022 yang dimuat naik di laman sesawang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pusat mengundi awal akan ditutup secara berperingkat antara 12 tengah hari hingga 5 petang.
Untuk itu, SPR dalam kenyataan semalam menasihatkan pengundi agar membuat semakan maklumat pengundian melalui portal semakan atau hubungi Hotline SPR di talian 03-88927018/03-88880040 atau melalui aplikasi MySPR Semak.
SPR turut menyarankan pengundi awal yang positif Covid-19 untuk berhubung terus dengan pegawai kesihatan daerah bagi memudahkan urusan pengundian masing-masing.
Proses pengundian awal turut disaksikan ejen-ejen calon yang bertanding, selain disiarkan secara langsung menerusi Facebook SPR di beberapa pusat mengundi awal terpilih.
Kertas undi awal tidak akan dikira hari ini dan kesemua peti undi akan disimpan di lokap-lokap balai polis untuk jagaan selamat.
Kertas-kertas undi tersebut hanya akan dikira pada hari pengundian 19 Nov, bermula 4 petang di tempat pengiraan undi yang ditetapkan SPR serta disaksikan oleh ejen-ejen calon.
PRU15 melibatkan 222 kerusi Parlimen dan 116 kerusi DUN, iaitu Perak (59), Pahang (42) dan Perlis (15).
PRK DUN Bugaya pula diadakan serentak dengan PRU15 selepas tertangguh ekoran proklamasi darurat bagi mencegah penularan Covid-19.
Tempoh berkempen ditetapkan selama 14 hari bermula hari penamaan calon pada 5 Nov lepas dan akan berakhir pada 11.59 malam, 18 Nov. FMT
Pengundi awal mula tunai tanggungjawab
Baca Artikel Menarik:
- BN berpeluang besar tawan Muar
- Zahid jadi PM hanya mainan, tohmahan parti lawan – Ismail
- Tok Mat perjelas sebab Khairy bertanding di Sungai Buloh
- Saya sedia berdebat – Johari
- PN Seperti ‘Naga Hilang Kepala’, Muhyiddin Bakal Hilang Sokongan Di Pagoh
- Anwar perlu kemuka bukti tentera dibayar untuk undi – Hishammuddin
- Pulangkan duit ATM ‘error’ atau saya lapor polis
- Anak Muda Gombak Buat U-Turn, Sokong Calon BN
- GV9: ‘Meremang bulu roma dengar suara Jaclyn Victor’
- Komentar: Sektor Pendidikan Negara Hancur Ditangan Radzi Jidin
- KJ amat disenangi rakyat, angin perubahan semakin kuat di Sungai Buloh
- Maszlee Malik dihalau rakyat di Simpang Renggam [VIDEO]
- Kenapa Rafizi Perlu Tunggu Habis PRU-15 Baru Nak Bagi Bukti? – Tengku Zafrul
- Enam penggal Hadi jadi MP Marang, apa dia buat?
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Adakah Muhyiddin masih anggap PAS parti ‘ajaran sesat’ [VIDEO]
Nadia Brian dikritik, sampai nampak bonjol payudara ( Video)
You must be logged in to post a comment.