Muhyiddin bidas Takiyuddin, bengang dengan kenyataan isu kerjasama dengan BN

Muhyiddin bidas Takiyuddin, hari ini menyanggah kenyataan berhubung isu bekerjasama dengan BN.

Menurut Muhyiddin dia tidak pernah memberi mandat kepada Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan, untuk bertindak sedemikian.

“Tujuan PN bertanding dalam PRU ke-15 adalah untuk membentuk kerajaan tanpa perlu bergabung dengan BN atau Pakatan Harapan (PH).

“Saya sebagai Pengerusi PN tidak pernah memberi mandat kepada Datuk Seri Takiyuddin Hassan untuk berunding dengan BN bagi tujuan membentuk kerajaan selepas PRU ke-15,” katanya lewat pagi ini.

enyataan dibuat Takiyuddin berhubung kemungkinan PN membentuk kerajaan persekutuan dengan BN jika gagal memenangi kerusi mencukupi pada 19 Nov ini.

“Saya yakin kita dapat bentuk kerajaan persekutuan sama ada kita sendiri atau gabungan dengan pihak lain termasuk BN,” katanya selepas berceramah di Ketereh, Kelantan malam tadi.

Pada masa sama Takiyuddin yang juga calon PN untuk kerusi parlimen Kota Bharu menegaskan, gabungan itu tidak akan menerima kerjasama dengan PH.

Takiyuddin juga menambah kesediaan untuk bekerjasama dengan BN itu turut pernah disuarakan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang juga Timbalan Pengerusi PN.

“Presiden PAS ada menyebut sekiranya kita tidak boleh bergabung sebelum PRU ke-15, mungkin selepas PRU kita boleh wujudkan hubungan itu,” katanya.

Ketika kini wujud tiga gabungan utama yang bersaing dalam PRU ke-15, banyak pihak menjangkakan tiada mana-mana kumpulan mampu menguasai majoriti Dewan Rakyat pada Sabtu nanti.

Ia membuka kemungkinan berlakunya kerjasam antara gabungan bagi membolehkan sebuah kerajaan baru diwujudkan.

Tiga gabungan utama itu ialah PN, BN dan PH.

Muhyiddin berkata dia yakin PN mampu membentuk kerajaan persekutuan dan negeri tanpa melibatkan pihak lain.

Saya berdoa dengan izin Allah dan sokongan padu rakyat, PN akan memenangi jumlah kerusi yang mencukupi untuk membentuk kerajaan persekutuan dan negeri yang terlibat dalam PRU ke-15,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Adakah Muhyiddin masih anggap PAS parti ‘ajaran sesat’ [VIDEO]

Nadia Brian dikritik, sampai nampak bonjol payudara ( Video)

Kostum bertanduk, Fasha Sandha teruk ‘ditarbiah’ netizen

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker