Hamzah ‘tersedak’ tengok rombongan jentera BN

#PRU15

Hamzah ‘tersedak’ tengok rombongan jentera BN

LARUT: Calon Perikatan Nasional (PN) Parlimen Larut Hamzah Zainudin mendakwa terdapat lima bas dibawa masuk dari luar daerah itu untuk membantu menguatkan lagi jentera Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam misi menumbangkan beliau di kerusi itu.

Menyifatkan tindakan itu sebagai “terdesak”, Hamzah berkata, perkara itu disampaikan kepadanya oleh jentera PN di lapangan.

Bagaimanapun, tidak timbul sebarang ketegangan kerana “rombongan” itu akhirnya pulang.

“Kadang-kadang orang jauh ni dah sampai sini, baru dia tahu asal usul kita, kemudian mereka balik. Jadi tak timbul masalah tetapi cubaan (untuk berkempen) itu ada,” katanya selepas meninjau proses pengundian awal di Ibu Pejabat Polis Daerah Selama.

“Tetapi tak mengapalah, orang nak kempen datang dari mana-mana pun tak apa. Cuma saya nak katakan bahawa Umno ini terdesak sehingga bawa orang luar untuk berkempen mengalahkan saya di sini.”

Bagaimanapun, calon BN Shafiq Fhadly Mahmud ketika dihubungi menafikan dakwaan itu dan menyifatkan kenyataan Hamzah itu sengaja direka-reka kerana sedar beliau “di ambang kekalahan”.

“Tuduhan itu tidak benar sebab semua jentera kita bekerja keras di tempat masing-masing. Kita mempunyai kekuatan jentera yang sangat besar di sini berbanding di pihak sebelah sana yang kita nampak sendiri tidak mempunyai jentera untuk bekerja dan mereka gentar dengan kita.

“Sebab itu macam-macam cerita sekarang ini nak melemahkan kekuatan jentera kita. Saya percaya apabila pihak lawan cuba menggunakan taktik hasutan dan fitnah seperti ini bermakna mereka sedang gentar dan berada di ambang kekalahan,” katanya kepada FMT.

Tambahnya, tindakan Hamzah itu juga dipercayai untuk cuba menutup tindakan beliau sendiri yang mengadakan perjumpaan besar-besaran bersama kakitangan awam dan anggota Rela dalam tempoh berkempen.

“Difahamkan, hari ini ada perjumpaan dengan Rela untuk satu negeri Perak di sini (Selama)… malah sebelum ini ada perjumpaan dengan kakitangan awam lain saya rasa itu yang perlu dijawabnya sebenarnya,” kata Shafiq

Hamzah, yang dalam misi mempertahankan kerusi Parlimen Larut yang disandangnya sejak 2008, berdepan saingan empat penjuru termasuk Syafiq, Zolkarnain Abidin (PH), dan Auzaie Fadzlan Shahidi (Pejuang).

Pada PRU14, Hamzah menang kerusi tersebut atas tiket BN selepas mengalahkan calon PAS Abu Husin Mohamad dengan majoriti 4,486 undi.

Hamzah kemudiannya meninggalkan Umno dan menyertai Bersatu pada 2019. FMT

Hamzah ‘tersedak’ tengok rombongan jentera BN


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Adakah Muhyiddin masih anggap PAS parti ‘ajaran sesat’ [VIDEO]

Nadia Brian dikritik, sampai nampak bonjol payudara ( Video)

Kostum bertanduk, Fasha Sandha teruk ‘ditarbiah’ netizen

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker