BN perlu menang dulu baru fikir pasal Kabinet – Ismail
BN perlu menang dulu baru fikir pasal Kabinet – Ismail
Barisan Nasional (BN) perlu fokus untuk mencapai kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sebelum memikirkan mengenai barisan Kabinet yang baharu, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Perdana Menteri berkata, bagaimanapun beliau akan memastikan saiz Kabinet yang akan dibentuk nanti adalah lebih kecil berbanding jumlah menteri sekarang dengan menggabungkan beberapa kementerian.
“Jadi kita kena menang dulu, kalau tak menang saya pun tak jadi Perdana Menteri. BN mesti menang dahulu.. selepas menang BN, Insya-Allah saya akan ambil kira semua kepentingan, kena ada teknokrat, kena ada ahli politik.
“Cuma saya bagi jaminan bahawa yang saya akan kecilkan Kabinet saya kerana Kabinet sekarang terlalu besar… ini janji saya tetapi siapa yang menjadi Menteri Kabinet akan saya tentukan,” katanya kepada media selepas Program Santai Anak Muda Kuala Selangor di Puncak Alam, malam tadi.
Yang turut hadir, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang juga calon BN di Parlimen Kuala Selangor.
Mengenai dakwaan Perikatan Nasional (PN) yang menyatakan bahawa BN meniru manifesto mereka mengenai pemberian taraf kerakyatan kepada kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia, Ismail Sabri berkata, BN juga boleh mengatakan perkara yang sama kepada parti itu.
Dalam pada itu, Ismail Sabri turut menaruh keyakinan kepada Tengku Zafrul untuk memenangi kerusi Parlimen Kuala Selangor pada pilihan raya ini.
“Saya terkejut dengan sambutan (rakyat) begini hebat dan saya percaya apa yang digambarkan malam ini itulah yang akan menjadi undi kepada Tengku Zafrul nanti.
“Saya percaya yang datang ramai-ramai malam ini menunjukkan sokongan kepada Tengku Zafrul dan saya yakin beliau boleh memenangi kerusi di Kuala Selangor.
“Insya-Allah jika Tengku Zafrul menang, dia akan berada di dalam Kabinet, Kuala Selangor bertuah kerana mempunyai calon yang hebat, saya harap kita sama-sama nobatkan Tengku Zafrul sebagai Ahli Parlimen Kuala Selangor,” katanya. BH
BN perlu menang dulu baru fikir pasal Kabinet – Ismail
Baca Artikel Menarik:
- BN berpeluang besar tawan Muar
- Zahid jadi PM hanya mainan, tohmahan parti lawan – Ismail
- Tok Mat perjelas sebab Khairy bertanding di Sungai Buloh
- Saya sedia berdebat – Johari
- PN Seperti ‘Naga Hilang Kepala’, Muhyiddin Bakal Hilang Sokongan Di Pagoh
- Anwar perlu kemuka bukti tentera dibayar untuk undi – Hishammuddin
- Pulangkan duit ATM ‘error’ atau saya lapor polis
- Anak Muda Gombak Buat U-Turn, Sokong Calon BN
- GV9: ‘Meremang bulu roma dengar suara Jaclyn Victor’
- Komentar: Sektor Pendidikan Negara Hancur Ditangan Radzi Jidin
- KJ amat disenangi rakyat, angin perubahan semakin kuat di Sungai Buloh
- Maszlee Malik dihalau rakyat di Simpang Renggam [VIDEO]
- Kenapa Rafizi Perlu Tunggu Habis PRU-15 Baru Nak Bagi Bukti? – Tengku Zafrul
- Enam penggal Hadi jadi MP Marang, apa dia buat?
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Adakah Muhyiddin masih anggap PAS parti ‘ajaran sesat’ [VIDEO]
Nadia Brian dikritik, sampai nampak bonjol payudara ( Video)
Kostum bertanduk, Fasha Sandha teruk ‘ditarbiah’ netizen
You must be logged in to post a comment.