Anwar yang mula burukkan orang Melayu, bukan saya – Mahathir
#PRU15
Anwar yang mula burukkan orang Melayu, bukan saya – Mahathir
Mahathir Mohamad mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pemimpin paling awal memburukkan orang Melayu di negara ini.
“Anwar Ibrahim adalah orang yang mula memburukkan orang Melayu. Apabila dia dikeluarkan dari UMNO, dia cuba mahu tubuh parti orang Melayu namun ditolak.
“Oleh itu dia tubuh parti (PKR) dengan orang bukan Melayu dan tuduh orang Melayu racist. Ini cara dia mahu dapat sokongan orang Cina dan India,” katanya pada Majlis Perjumpaan Negarawan di Kampung Pandan, di sini, malam tadi.
Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA) itu berkata demikian bagi mengulas punca Presiden Pakatan Harapan yang sehingga kini masih gagal menjadi Perdana Menteri.
Jelas Dr. Mahathir, ketika beliau menjadi Perdana Menteri sebanyak dua kali, nasib orang bukan Melayu tetap terbela, bukan seperti dakwaan Anwar.
“Apabila orang Melayu bercakap mengenai nasib orang Melayu, kita dituduh racist yang hanya penting nasib Melayu. Ini tidak benar, buktinya orang bukan Melayu pun dapat (manfaat) dari kerajaan,” ujarnya.
Sementara itu, Dr. Mahathir turut menyatakan beliau tidak pernah menyimpan dendam terhadap mana-mana pimpinan ahli politik.
Calon Parlimen Langkawi itu memberikan contoh keputusannya melantik Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Timbalan Perdana Menteri walaupun menyedari Abdullah tidak menyokongnya dalam jawatan Presiden UMNO ketika itu.
“Abdullah ini sokong Tengku Razaleigh Hamzah dalam perebutan jawatan presiden UMNO. Walaupun begitu, saya masih beri peluang kepada Abdullah untuk kekal berkhidmat sebagai timbalan saya,” ulasnya. MG
Anwar yang mula burukkan orang Melayu, bukan saya – Mahathir
Baca Artikel Menarik:
- BN berpeluang besar tawan Muar
- Zahid jadi PM hanya mainan, tohmahan parti lawan – Ismail
- Tok Mat perjelas sebab Khairy bertanding di Sungai Buloh
- Saya sedia berdebat – Johari
- PN Seperti ‘Naga Hilang Kepala’, Muhyiddin Bakal Hilang Sokongan Di Pagoh
- Anwar perlu kemuka bukti tentera dibayar untuk undi – Hishammuddin
- Pulangkan duit ATM ‘error’ atau saya lapor polis
- Anak Muda Gombak Buat U-Turn, Sokong Calon BN
- GV9: ‘Meremang bulu roma dengar suara Jaclyn Victor’
- Komentar: Sektor Pendidikan Negara Hancur Ditangan Radzi Jidin
- KJ amat disenangi rakyat, angin perubahan semakin kuat di Sungai Buloh
- Maszlee Malik dihalau rakyat di Simpang Renggam [VIDEO]
- Kenapa Rafizi Perlu Tunggu Habis PRU-15 Baru Nak Bagi Bukti? – Tengku Zafrul
- Enam penggal Hadi jadi MP Marang, apa dia buat?
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Adakah Muhyiddin masih anggap PAS parti ‘ajaran sesat’ [VIDEO]
Nadia Brian dikritik, sampai nampak bonjol payudara ( Video)
You must be logged in to post a comment.