Tok Mat yakin BN menang PRU15
#PRU15
Tok Mat yakin BN menang PRU15
Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Mohamad Hasan yakin gabungan itu boleh memperoleh 112 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) Sabtu ini dan membentuk kerajaan.
“Kami ada semua data yang telah kami kaji dengan teliti, dan tugas pada 19 Nov ini adalah menggerakkan pengundi yang kami kenal pasti (sebagai penyokong BN) untuk keluar mengundi,” katanya pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).
“Kalau begitu, saya yakin BN akan melepasi (garisan penamat dahulu).”
Ditanya sama ada rasa tidak puas hati akar umbi selepas beberapa nama besar digugurkan daripada PRU15 akan menjejaskan BN, Mohamad berkata keluhan seperti itu tidak akan menjejaskan harapan gabungan itu untuk menang.
Pengerusi BN Selangor Noh Omar tidak dipilih untuk mempertahankan kerusi Tanjong Karang, dengan Shahidan Kassim (Arau), Annuar Musa (Ketereh) dan Zahidi Zainul Abidin (Padang Besar) antara nama lain yang tidak dipilih.
Ketika Noh dan Annuar tidak bertanding dalam pilihan raya, Shahidan pula bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN), dan Zahidi telah bertanding sebagai calon bebas.
“Kami mengalami ‘gegaran’, tetapi kami berjaya menyelesaikannya. Ia tidak menjadi masalah,” kata Mohamad.
“Kami serius. Jangan sabotaj parti sendiri ketika pilihanraya.”
Walaupun menegaskan BN yakin ia boleh membentuk kerajaan akan datang, beliau tidak menolak kerjasama dengan parti lain untuk membentuk kerajaan campuran jika diperlukan.
Bagaimanapun, beliau menegaskan Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi tidak mempunyai mandat untuk menentukan parti mana, jika ada, yang BN perlu bekerjasama selepas pilihan raya.
“Dia pasti perlu berunding dengan saya. Ia adalah keputusan ‘top five’,” katanya merujuk kepada presiden, timbalan presiden dan tiga naib presiden.
Selain itu, beliau sekali menegaskan bahawa Ismail Sabri Yaakob adalah pilihan gabungan itu untuk calon perdana menteri jika memenangi pilihan raya umum Sabtu ini.
“Jika mereka (rakyat) tidak percaya, apa yang saya boleh buat?.
“Keputusan untuk Ismail Sabri menjadi calon perdana menteri (jika BN menang) pilihan raya adalah keputusan parti, dan jika anda mahu menariknya semula, anda perlu kembali kepada parti.” FMT
Tok Mat yakin BN menang PRU15
Baca Artikel Menarik:
- BN berpeluang besar tawan Muar
- Zahid jadi PM hanya mainan, tohmahan parti lawan – Ismail
- Tok Mat perjelas sebab Khairy bertanding di Sungai Buloh
- Saya sedia berdebat – Johari
- PN Seperti ‘Naga Hilang Kepala’, Muhyiddin Bakal Hilang Sokongan Di Pagoh
- Anwar perlu kemuka bukti tentera dibayar untuk undi – Hishammuddin
- Pulangkan duit ATM ‘error’ atau saya lapor polis
- Anak Muda Gombak Buat U-Turn, Sokong Calon BN
- GV9: ‘Meremang bulu roma dengar suara Jaclyn Victor’
- Komentar: Sektor Pendidikan Negara Hancur Ditangan Radzi Jidin
- KJ amat disenangi rakyat, angin perubahan semakin kuat di Sungai Buloh
- Maszlee Malik dihalau rakyat di Simpang Renggam [VIDEO]
- Kenapa Rafizi Perlu Tunggu Habis PRU-15 Baru Nak Bagi Bukti? – Tengku Zafrul
- Enam penggal Hadi jadi MP Marang, apa dia buat?
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Adakah Muhyiddin masih anggap PAS parti ‘ajaran sesat’ [VIDEO]
Nadia Brian dikritik, sampai nampak bonjol payudara ( Video)
You must be logged in to post a comment.