Pendakwaan kalah di mahkamah, gagal buktikan barangan disita dari aktiviti haram
KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia tidak dibenar melucut hak 2,435 unit barang kemas, tujuh utas jam tangan dan 29 beg tangan berjenama berjumlah RM80 juta yang disita ketika serbuan di Pavilion Residences, empat tahun lalu.
Perkara itu ditentukan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas menolak permohonan pihak pendakwaan untuk melucuthakkan harta-harta berkenaan yang disita daripada premis milik Obyu Holdings Sdn. Bhd.
Dalam permohonan itu, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor yang dinamakan sebagai pihak ketiga, menuntut barang kemas, jam tangan dan beg yang disita daripada Pavilion Residences.
Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin berpuas hati pemohon gagal membuktikan harta-harta berkenaan adalah hasil aktiviti haram.
Bagaimanapun, mahkamah menolak permohonan pihak pendakwaan untuk menangguhkan pelaksanaan keputusan itu sementara menunggu rayuan didengar di Mahkamah Rayuan.
Pada 2019, pihak pendakwaan memfailkan permohonan pelucuthakan terhadap Obyu Holdings bagi menyita pelbagai barang termasuk 11,991 barang kemas, 401 jam tangan, 16 jam tangan aksesori, 234 pasang cermin mata dan 306 beg tangan serta wang tunai dalam pelbagai denominasi berjumlah RM114,164,393.44.
Barang kemas itu adalah antara pelbagai barangan yang dirampas polis dari premis milik Obyu Holdings di Pavilion Residences pada 17 Mei 2018, yang didakwa ada kaitan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB)
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- BN berpeluang besar tawan Muar
- Zahid jadi PM hanya mainan, tohmahan parti lawan – Ismail
- Tok Mat perjelas sebab Khairy bertanding di Sungai Buloh
- Saya sedia berdebat – Johari
- PN Seperti ‘Naga Hilang Kepala’, Muhyiddin Bakal Hilang Sokongan Di Pagoh
- Anwar perlu kemuka bukti tentera dibayar untuk undi – Hishammuddin
- Pulangkan duit ATM ‘error’ atau saya lapor polis
- Anak Muda Gombak Buat U-Turn, Sokong Calon BN
- GV9: ‘Meremang bulu roma dengar suara Jaclyn Victor’
- Komentar: Sektor Pendidikan Negara Hancur Ditangan Radzi Jidin
- KJ amat disenangi rakyat, angin perubahan semakin kuat di Sungai Buloh
- Maszlee Malik dihalau rakyat di Simpang Renggam [VIDEO]
- Kenapa Rafizi Perlu Tunggu Habis PRU-15 Baru Nak Bagi Bukti? – Tengku Zafrul
- Enam penggal Hadi jadi MP Marang, apa dia buat?
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Adakah Muhyiddin masih anggap PAS parti ‘ajaran sesat’ [VIDEO]
Nadia Brian dikritik, sampai nampak bonjol payudara ( Video)