Letupan di Istanbul, enam maut

Letupan di Istanbul, enam maut

Ankara: Letupan di Istiklal Avenue, Istanbul, membunuh enam orang dan mencederakan 81 yang lain.

Naib Presiden Turki Fuat Oktay yang melawat lokasi letupan, memberitahu media di Dataran Taksim, Istanbul, letupan itu dianggap sebagai tindakan pengganas, dan seorang penyerang wanita meletupkan bom itu, lapor Agensi Anadolu (AA).

Menurut Gabenor Istanbul Ali Yerlikaya, letupan itu berlaku 4.20 petang waktu tempatan, dengan polis dan pegawai kecemasan mengepung tempat kejadian.

Terdahulu, Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan, sejurus sebelum berlepas ke Indonesia untuk menghadiri sidang kemuncak G20 ke-17 berkata, serangan bom itu “keganasan.”

Beliau berkata, negara tidak akan tunduk kepada keganasan dan semua pelaku akan dikenal pasti.

Pemimpin dunia termasuk dari Pakistan, Sweden, Ukraine, Azerbaijan dan negara lain mengutuk serangan itu dan menyampaikan ucapan takziah kepada Turkiye. HM

Letupan di Istanbul, enam maut


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Adakah Muhyiddin masih anggap PAS parti ‘ajaran sesat’ [VIDEO]

Nadia Brian dikritik, sampai nampak bonjol payudara ( Video)

Kostum bertanduk, Fasha Sandha teruk ‘ditarbiah’ netizen

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker