Dendam Mahathir pada saya tak pernah padam sejak dalam UMNO lagi

BAGAN DATUK – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, mendedahkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyimpan dendam terhadap beliau sejak 26 tahun lalu sehingga kini.

Menurutnya, ia berpunca daripada kejayaannya memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO menumpaskan tiga calon lain termasuk calon pilihan Dr. Mahathir iaitu Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, pada pemilihan parti itu pada 1996.

“Dr. Mahathir marah dengan saya sejak 1996 sebab mengalahkan calon Ketua Pemuda UMNO yang dia mahu,” katanya ketika berucap pada Majlis Santai Bersama Penduduk Perumahan Awam Bagan Datuk di sini hari ini.



Menurut beliau, walaupun beliau dipilih sebagai Ketua Pemuda ketika itu, Dr. Mahathir tidak pernah melantiknya dalam sebarang jawatan dalam Kabinet.

Presiden UMNO itu memaklumkan beliau kemudian ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1998 menyebabkannya kehilangan jawatan Ketua Pemuda UMNO dan Pengerusi Bank Simpanan Nasional (BSN).

Ahmad Zahid hanya dilantik dalam Kabinet iaitu sebagai Timbalan Menteri Pelancongan apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri.

“Saya tidak pernah tidak hormat kepada beliau (Dr. Mahathir), tetapi apabila saya dilantik dalam Kabinet, dia kata ‘budak jahat’ ini pun boleh jadi timbalan menteri.



“Itu sebab apabila Dr. Mahathir dilantik sebagai Perdana Menteri sekali lagi, dia cari apa kesalahan yang boleh dikenakan terhadap saya dan arahkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, batalkan projek pembangunan di Bagan Datuk.

“Tidak apalah, tunggulah kau di akhirat, di Padang Mahsyar, di dunia dia menang, di akhirat nanti tahulah nasibnya nanti.

“Saya tidak balas dendam, dia yang sentiasa berdendam dengan saya, dendam Dr. Mahathir terhadap Ahli Parlimen Bagan Datuk tidak pernah padam daripada dulu sampai sekarang,” ujarnya

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Adakah Muhyiddin masih anggap PAS parti ‘ajaran sesat’ [VIDEO]



Nadia Brian dikritik, sampai nampak bonjol payudara ( Video)

Kostum bertanduk, Fasha Sandha teruk ‘ditarbiah’ netizen



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker