Wanita warga Nepal kantoi sembunyi mayat bayi
Wanita warga Nepal kantoi sembunyi mayat bayi
Alasan seorang wanita warga Nepal mahu ke klinik disebabkan sakit pada kaki akhirnya membongkarkan tindakan pekerja asing itu menyembunyikan kelahiran bayinya berusia dua hari yang ditemui mati di asrama pekerja sebuah kilang di Alor Gajah, Melaka.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah Arshad Abu berkata, pihaknya menerima laporan kejadian pada 9.10 pagi semalam daripada pekerja kilang berkenaan, sebelum melakukan siasatan di lokasi kejadian.
“Tiba di tempat kejadian, pihak polis menemui mayat bayi lelaki cukup sifat yang masih bertali pusat di dalam plastik hitam di atas katil asrama berkenaan,” katanya, menurut laporan Bernama.
Katanya, hasil siasatan awal mendapati suspek berusia 28 tahun itu telah meminta pemandu van kilang untuk membawanya ke klinik panel kilang pada Isnin lalu sekitar 1.30 pagi atas alasan sakit kaki.
“Mengesyaki suspek baru sahaja lepas keguguran, pihak klinik merujuk wanita tersebut ke Hospital Alor Gajah, sebelum kemudiannya dibawa ke Hospital Melaka.
Susulan itu, suspek ditahan sekitar 12 tengah hari semalam dan kini mendapatkan rawatan di Hospital Melaka, manakala mayat bayi itu telah dibawa ke bahagian forensik hospital sama untuk dibedah siasat.
Arshad berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran bayi dan pihak polis juga sedang mengesan teman lelaki suspek yang juga merupakan warganegara Nepal, untuk membantu siasatan. FMT
Wanita warga Nepal kantoi sembunyi mayat bayi
Baca Artikel Menarik :
- Gambar bogel gadis bawah umur, Sekolah Antarabangsa jalankan siasatan
- Firdaus Wong gesa ramai tampil dedah dakwaan gangguan seksual pendakwah
- Majlis Pemulihan Negara Gagal Kawal Harga Ayam
- Ku Li letak jawatan pengerusi Jemaah Penasihat Umno
- Premium Outlet di Langkawi bakal jadi tarikan
- Gadis manis pelaris warung cendol
- Bill Gates Dakwa Ada Cara Untuk Tamatkan Wabak COVID-19
- Terima kasih pemberi maklumat kerana tegakkan keadilan – Najib
- Resepi Terung Berlado Thai
- RM13 juta wang MBI Kedah dipindah ke Kanada masa Mukhriz MB
- Gambar Janna, kentut pun cantik – Zizan
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.