Afif PN Cuba Sama Tarafkan Status “Katak” Dengan Azli PH
Oleh Azrin Muhammad
SHAH ALAM – Calon Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi Parlimen Shah Alam, Dr. Afif Bahardin cuba menyamakan tindakan lompat parti yang dilakukannya sebelum ini dengan Azli Yusof dari Pakatan Harapan (PH).
Afif berbuat demikian dalam satu program bual bicara anjuran Sinar Harian iaitu YB Boleh ‘Go’ Ke? yang diadakan secara langsung, petang tadi.
“Saya dengan Haji Azli, kami dua-dua ada dua membership. Haji Azli pernah dari parti lama ke parti baharu.
“Saya juga dari parti lama ke parti baharu. So, dari itu, kami sama taraf dah,” kata Afif dengan nada yakin.
Namun kenyataan berkenaan terhenti serta-merta sebaik sahaja Azli mencelah dengan ketawa sinis apabila mendengar tuduhan berkenaan secara berdepan.
Setelah berpeluang bercakap, Azli tidak membuang masa menafikan tuduhan Afif yang dilihat dilakukan tanpa berfikir panjang.
“Benda tu tidak sama, tidak boleh disamakan sebab ketika itu, saya bukan wakil rakyat.
“Saya berpindah dari parti PAS kepada Amanah atas pilihan sendiri, tidak ada kaitan langsung sama ada dengan kejatuhan kerajaan atau mengurangkan bilangan kerusi,” katanya.
You must be logged in to post a comment.