Wanita Tertinggi Di Dunia Merasa ‘Terbang’ Pertama Naik Kapal Terbang
Syarikat Penerbangan Terpaksa Kosongkan Enam Kerusi
Wanita Tertinggi Di Dunia Merasa ‘Terbang’ Pertama Naik Kapal Terbang
WANITA tertinggi di dunia ‘terbang’ buat kali pertama menggunakan Turkish Airlines selepas syarikat penerbangan berkenaan mengosongkan enam kerusi di kelas ekonomi untuk memberi ruang kepadanya.
Rumeysa Gelgi telah muncul dalam Guiness World of Records sebagai wanita tertinggi di dunia, dengan ketinggian 7 kaki.
Wanita luar biasa ini menghidap penyakit Sindrom Weaver yang mengakibatkan tumbesaran secara ekstrem dan biasanya bergantung kepada kerusi roda untuk bergerak.
Dia yang berumur 25 tahun memulakan penerbangan dari Istanbul,Turki ke San Francisco, Amerika Syarikat.
Perkara tersebut berjaya dilakukan selepas syarikat penerbangan itu menukarkan enam kerusi kapal terbang kepada sebuah pengusung untuk menyokongnya.
Gelgi sempat menulis di media sosial tentang perjalanannya dan berterima kasih kepada semua yang terlibat untuk menjayakannya.
“Satu perjalanan yang lancar dari awal sehingga habis…ini adalah penerbangan saya yang pertama dan ia tidak akan menjadi yang terakhir.
“Terima kasih kepada semua orang yang terlibat untuk membantu sepanjang perjalanan saya ini,” tulis Gelgi.
Gelgi yang bekerja dalam industri teknologi perisian berkata dia akan berada di Amerika Syarikat selama enam bulan untuk mengembangkan kariernya dan berkolaborasi bersama Guinness World Records. – Mirror
Wanita Tertinggi Di Dunia Merasa ‘Terbang’ Pertama Naik Kapal Terbang
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Rafizi bina kekayaan guna derma orang ramai?
- Noh beri bayangan kisah Tanjong Karang belum tamat
- Saya nak tebus maruah selepas teruk difitnah – Che Abdullah
- Wakili BN di Kuala Nerus bukan kehendak peribadi
- Hubungan Rafizi-Anwar makin retak
- Gandingan baru mampu menang di Selangor – Noh
- Abang tiri liwat adik berusia 7 tahun
- Mengundi haram, PU Syed jawab Suhaimi Saad
- Gandingan KJ dan Tengku Zafrul bawa kecemerlangan BN Selangor
- Saya setia bersama UMNO – Tajuddin
- Aneh, Syarikat untung banyak selepas Rafizi sertai semula politik
- Che Ta mengamuk, cari makan cara keji sangat ni
- Khairy bidas Hadi, tiada siapa ingin kecilkan kemenangan BN
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Myvi diterbalik kerana mengejek,langgar penghantar makanan (Video)
“Are You F*ck….” – Tular Video Calon MUDA Kepala Batas Mencarut Ketika Berucap (Video)
You must be logged in to post a comment.