Realitikan Kemenangan BN, Mampu Bawa Kesejahteraan Dan Kestabilan Negara – Dr Najmil
#PRU15
Realitikan Kemenangan BN, Mampu Bawa Kesejahteraan Dan Kestabilan Negara – Dr Najmil
Sudah empat tahun berbahas tentang calon, kepimpinan dan individu maka kini tiba masanya harus meneruskan perjuangan demi kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15, demikian tegasnya Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris.
Dalam hal ini beliau yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu mengajak setiap penyokong dan ahli parti memperkukuh solidariti demi memastikan setiap calon BN menang.
“Berlapang dada… nilai yang kita pegang juga adalah sama iaitu tiada parti lain yang mampu membawa kesejahteraan dan kestabilan kecuali BN.
“Parti akan berpecah jika kita tidak ‘move on’ dan ekonomi negara juga tidak akan berkembang jika asyik bertelagah.
“Pelbagai kejayaan ekonomi, sosial dan politik telah capai apabila Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi Perdana Menteri,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.
Tegasnya lagi, ini terbukti bahawa DNA UMNO cekap mentadbir negara dan memberikan kesejahteraan dan ini yang perlu dikekalkan.
“Sebagai orang Islam, kita perlu percaya pada ketentuan Allah SWT. Kepentingan parti melebihi kepentingan individu,” katanya.
Tambah Dr Najmil, terdahulu rakyat sibuk tentang pembubaran Parlimen, apabila sudah dibubarkan sibuk pula tentang siapa akan menjadi calon Pilihan Raya Umum (PRU).
“Kita sibuk pula pertikaikan tentang calon yang dipilih. Isu ini takkan habis sampai bila-bila dan harap dapat hentikan isu ini.
“Lebih baik fokuskan gerak kerja parti bagi memenangkan calon BN,” ujar beliau. – UMNO Online
Realitikan Kemenangan BN, Mampu Bawa Kesejahteraan Dan Kestabilan Negara – Dr Najmil
Baca Artikel Menarik:
- Takkan sudah jadi pemimpin berpuluh-puluh tahun tak cukup lagi- Ramlah Adam
- PKR takut dengan Khairy sampai nak tukar calon
- ‘Ribut sementara’, Umno Perlis yakin akar umbi setia pada parti
- A Aida ambil keputusan mengalah
- Pemimpin otai perlu undur, beri laluan muka baharu
- Ustaz Kazim doa cercaan orang ramai diganti pahala
- PN akan calonkan Shahidan di Arau
- Ustaz Kazim tarik diri saat akhir, kekal jadi pendakwah bebas mesra BN
- Mereka digugurkan tak selari dengan akar umbi UMNO – Penganalisis
- 4 pemimpin Friends Of BN diumum sebagai calon
- Saya tak akan beri laluan kepada Annuar – Khlir
- Buang mentaliti warlord, beri peluang muka baharu bertanding
- MIC putuskan tetap bertanding PRU15
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kalau jumpa laki lain saya minta cerai – Sharifah Sakinah (Video)
Tak dicalonkan adalah perkara biasa, terus setia kepada parti – Hishamuddin