Zahidi pertimbang lamaran parti lain
#PRU15
Zahidi pertimbang lamaran parti lain
Datuk Zahidi Zainul Abidin mengesahkan akan mengikut langkah Datuk Seri Shahidan Kassim mempertahankan kerusi disandang, masing-masing Padang Besar dan Arau meskipun digugurkan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU).
Terdahulu, Shahidan mengesahkan beliau akan terus mempertahankan kerusi Parlimen Arau dengan bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN).
Zahidi, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia yang menyifatkan UMNO kini dalam kecelaruan politik, mendakwa banyak parti yang ‘melamar’, namun beliau belum membuat keputusan parti mana akan diwakilinya untuk bertanding di Padang Besar nanti.
Beliau juga percaya ramai pemimpin lain yang digugurkan berkemungkinan besar akan tetap bertanding, tetapi belum pasti atas tiket dan logo apa.
“Kita akan tengok pada 5 haribulan ini (penamaan calon). Sekarang ada perbincangan dan kita lihat di Parlimen Padang Besar, (pertembungan) amat sengit di antara UMNO dan calon lain.
“Kita belum dapat menjangka siapa akan menang,” katanya ketika ditemui pemberita di Kubang Gajah, di sini semalam, sambil menjangkakan ramai calon termasuk Bebas akan cuba bertanding merebut kerusi Padang Besar.
Turut menjangkakan kerusi disandangnya dan kebanyakan kawasan lain bakal menyaksikan pertembungan enam hingga tujuh penjuru, Zahidi berkata, calon BN, Datuk Zahida Zarik Khan agak sukar untuk menang di Padang Besar kerana bukan pilihan akar umbi UMNO bahagian itu. BH
Zahidi pertimbang lamaran parti lain
Baca Artikel Menarik:
- Takkan sudah jadi pemimpin berpuluh-puluh tahun tak cukup lagi- Ramlah Adam
- PKR takut dengan Khairy sampai nak tukar calon
- ‘Ribut sementara’, Umno Perlis yakin akar umbi setia pada parti
- A Aida ambil keputusan mengalah
- Pemimpin otai perlu undur, beri laluan muka baharu
- Ustaz Kazim doa cercaan orang ramai diganti pahala
- PN akan calonkan Shahidan di Arau
- Ustaz Kazim tarik diri saat akhir, kekal jadi pendakwah bebas mesra BN
- Mereka digugurkan tak selari dengan akar umbi UMNO – Penganalisis
- 4 pemimpin Friends Of BN diumum sebagai calon
- Saya tak akan beri laluan kepada Annuar – Khlir
- Buang mentaliti warlord, beri peluang muka baharu bertanding
- MIC putuskan tetap bertanding PRU15
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kalau jumpa laki lain saya minta cerai – Sharifah Sakinah (Video)
Tak dicalonkan adalah perkara biasa, terus setia kepada parti – Hishamuddin