Tengku Zafrul tidak hirau label ‘calon kayangan’
#PRU15
Tengku Zafrul tidak hirau label ‘calon kayangan’
Calon BN untuk kerus Parlimen, Kuala Selangor Tengku Zafrul Abdul Aziz tidak menghiraukan sebarang dakwaan parti lawan yang memainkan sentimen dirinya sebagai ‘calon kayangan’ pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Bercakap kepada pemberita di Kuala Selangor malam tadi, Zafrul berkata tumpuannya adalah untuk membantu kebajikan dan kepentingan rakyat serta membangunkan negara.
“Kita hormati pandangan pihak lawan dan kita hendak (kempen) politik bersih sepanjang pilihan raya ini,” katanya yang dipetik Sinar Harian.
Zafrul, 49, dibesarkan dalam kedudukan yang serba-serbi istimewa. Dia menuntut di Kolej Melayu Kuala Kangsar sebelum melanjutkan pelajaran ke United Kngdom.
Dia sebelum ini pernah menerajui sebuah bank tempatan yang terkenal sebelum dilantik sebagai menteri kewangan pada 10 Mac 2020, oleh perdana menteri ketika itu Muhyiddin Yassin.
Dia berjaya mengekalkan jawatannya apabila Ismail Sabri Yaakob mengambil alih jawatan perdana menteri setahun kemudian.
Tidak seperti kebanyakan calon parlimen Umno, Zafrul tidak melalui ranjau-ranjau sebelum boleh terpilih ke jawatan kanan di peringkat bahagian dalam parti.
Malah, dia bernasib baik apabila berjaya mengketepikan Ketua Umno Bahagian Kuala Selangor, Jahaya Ibrahim, yang pada mulanya membantah idea “orang luar” mencari kerusi di wilayahnya.
Kedua-dua Zafrul dan Jahaya berkongsi pentas serta muncul di khalayak ramai sejak Ogos.
Zafrul, 49, menjelaskan, dia menganggotai Umno sejak 1997. Katanya, dia pernah bekerja sebagai pegawai kepada seorang menteri kabinet Umno yang sudah meninggal dunia.
Dia berkata dirinya tidak pernah bermimpi untuk menjadi ahli parlimen sehingga dia dilantik sebagai menteri kewangan.
Penyandang Kuala Selangor ialah Dr Dzulkefly Ahmad dari Amanah, yang merampas kerusi itu daripada BN dengan memenangi 49.97 peratus undi pada 2018. Mk
Tengku Zafrul tidak hirau label ‘calon kayangan’
Baca Artikel Menarik:
- Takkan sudah jadi pemimpin berpuluh-puluh tahun tak cukup lagi- Ramlah Adam
- PKR takut dengan Khairy sampai nak tukar calon
- ‘Ribut sementara’, Umno Perlis yakin akar umbi setia pada parti
- A Aida ambil keputusan mengalah
- Pemimpin otai perlu undur, beri laluan muka baharu
- Ustaz Kazim doa cercaan orang ramai diganti pahala
- PN akan calonkan Shahidan di Arau
- Ustaz Kazim tarik diri saat akhir, kekal jadi pendakwah bebas mesra BN
- Mereka digugurkan tak selari dengan akar umbi UMNO – Penganalisis
- 4 pemimpin Friends Of BN diumum sebagai calon
- Saya tak akan beri laluan kepada Annuar – Khlir
- Buang mentaliti warlord, beri peluang muka baharu bertanding
- MIC putuskan tetap bertanding PRU15
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kalau jumpa laki lain saya minta cerai – Sharifah Sakinah (Video)
Tak dicalonkan adalah perkara biasa, terus setia kepada parti – Hishamuddin