Sivarasa sakit, tak boleh tanding – Anwar

#PRU15

Sivarasa sakit, tak boleh tanding – Anwar

Pakatan Harapan (PH) menjelaskan pengguguran penyandang kerusi Parlimen Sungai Buloh, R. Sivarasa sebagai calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dilakukan bagi mengelak masalah timbul pada masa akan datang.

Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini kerana Ketua Cabang Sungai Buloh itu kini berdepan masalah kesihatan yang mungkin memberi kesan kepada PH dalam mempertahankan kerusi Parlimen tersebut.

Bagaimanapun, beliau menghargai pandangan pihak yang mahu Sivarasa bertanding di kawasan terbabit pada PRU15.
“Sivarasa itu peguam saya dan kawan baik saya dan telah berkhidmat tiga penggal dan keadaan kesihatan, kita tengok juga ada isu. Jadi apabila dia pergi dilihat dengan keuzuran beliau, itu akan mengesankan.

“Jadi saya sudah beri pertimbangan masalah itu dan kita boleh tonjolkan tokoh yang boleh mengalahkan Khairy Jamaluddin (calon Barisan Nasional),” katanya.

Anwar berkata demikian kepada media selepas melancarkan buku tulisan beliau bertajuk ‘Membangun Negara Madani di sebuah hotel, di sini, hari ini.

Bagaimanapun Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli dalam sidang media pada hari ini mengakui beliau mencadangkan Sivarasa kekal mempertahankan kerusi yang disandangnya itu.

Beliau berkata, jawatankuasa dalaman calon juga berpandangan sama seperti itu dan bukannya meletakkan calon pendatang baru, Datuk R. Ramanan yang sebelum ini bersama MIC.

Mengulas lanjut, Anwar mengalu-alukan Khairy Jamaluddin bertanding di Sungai Buloh. MG

“Dia boleh (bertanding), tetapi kena

Sivarasa sakit, tak boleh tanding – Anwar


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRU-15: Ini senarai penuh calon-calon Barisan Nasional

Kalau jumpa laki lain saya minta cerai – Sharifah Sakinah (Video)

Tak dicalonkan adalah perkara biasa, terus setia kepada parti – Hishamuddin

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker