Keahlian Che Abdullah gugur, jika tanding atas tiket BN – Tuan Ibrahim

#PRU15

Keahlian Che Abdullah gugur, jika tanding atas tiket BN – Tuan Ibrahim

Keahlian penyandang Parlimen Tumpat, Che Abdullah Mat Nawi dalam PAS akan digugurkan sekiranya beliau bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Timbalan Presidennya, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tindakan itu sejajar dasar parti yang menetapkan keahlian akan digugurkan secara automatik, jika ahlinya bertanding dalam pilihan raya atas tiket parti lain.



“Senarai calon PAS kita sudah umum dan terpulang kepada masing-masing. Kita tak boleh menyekat mana-mana individu nak keluar atau nak bertanding.

“Jadi, kita akan tengok macam mana nanti, sama ada dia betul-betul disenaraikan calon mewakili parti (BN) ataupun dimasukkan dalam penamaan calon itu,” katanya ketika dihubungi FMT.

Terdahulu, BN Kelantan hari ini mengumumkan Che Abdullah akan bertanding mewakili gabungan itu di kerusi Tumpat pada PRU15.

Pengerusi BN Kelantan, Ahmad Jazlan Yaakub dilaporkan berkata, BN memberi laluan kepada Che Abdullah kerana beliau dianggap calon boleh menang.



Semalam, PN mengumumkan Parlimen Tumpat akan ditandingi Exco Kelantan, Mumtaz Md Nawi.

Pada 2018, Che Abdullah memenangi Parlimen Tumpat atas tiket PAS dengan majoriti 17,500 undi, menewaskan calon BN dan PKR. FMT

Keahlian Che Abdullah gugur, jika tanding atas tiket BN – Tuan Ibrahim


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRU-15: Ini senarai penuh calon-calon Barisan Nasional

Kalau jumpa laki lain saya minta cerai – Sharifah Sakinah (Video)



Tak dicalonkan adalah perkara biasa, terus setia kepada parti – Hishamuddin



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker